ABU SALAMAH HAMMAD BIN SALAMAH BIN DINAR (91H-167H)
ابو سلمة حمادٌ بن سلمة بن دينار
البصري
Dia salah seorang rijal Imam Muslim, Imam Tarmizi,
Imam Nasaie dan Ibn Majah. Imam Bukhari pula meriwayatkan hadis Hammad secara
mutaba-ah dan ta’liq sahaja.
Beliau berasal dari Basrah dan meninggal di situ. Terkenal
dalam bidang hadis serta bidang ilmu nahu.
Dari kalangan ulama rijal, mereka mengakui kesiqahannya.
Namun, ada sedikit kritikan seperti berikut:
n Ibn Hajar al-Asqalani dan al-baihaqi pernah
kata bahawa di akhir umurnya, hafalannya berubah (Ikhtilat)
n Al-Zahabi
kata, dia mempunyai keluasan ilmu dan siqah, tetapi dia soduq yang buat silap
dan waham terhadap apa yang dia riwayatkan.
n Muhammad bin
Sa’ad kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis. Namun, kadangkala dia
riwayatkan hadis mungkar.
n Ya’qub bin
Syaibah al-Sadusi kata, dia siqah, seorang lelaki soleh. Tetapi, ada beberapa
riwayatnya ada idhtirab.
No comments:
Post a Comment