Friday, February 25, 2022

SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH (61H-148H)

 

SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH (61H-148H)

 سليمان بن مهران الْأَعْمَشِ

 

Dia adalah rijal Kutub al-Sittah. Dia dilahirkan di Tabaristan dan meninggal dunia di Kufah. Namun, dikatakan asal dari keturunan Iran. Menurut dakwaan ramai bahawa dia dilahirkan pada hari Saidina Husain dibunuh, iaitu pada 10 Muharram tahun 61 hijrah. Dikatakan juga bahawa bapanya ada di tempat pembunuhan Saidina Husain itu. Dikatakan, dia dilahirkan di perkampungan ibunya di Tabaristan (sekarang dibawah Iran)

 

Semasa kecil, keluarganya telah membawanya berhijrah ke Kufah pada tahun 61H. Ada dakwaan menyatakan, ketika itu dia belum lagi dilahirkan, bahkan masih dalam kandungan ibunya lagi.

 

Dia dikenal sebagai al-‘amash kerana semenjak kecil, dia dihinggapi penyakit mata yang dalam perkataan al-A’mash bermaksud mata selalu kelihatan berair.

 

Dia adalah Tabiin yang digelar oleh al-Zahabi sebagai Syaikh al-Muhaddisin (guru segala ulama hadis).  Dia bukan sekadar alim dalam bidang hadis, malahan alim dalam bidang al-Quran, Qiraat dan ilmu Faraid. Dia terkenal dengan kuat beribadat.

 

Al-Zahabi kata, sulaiman selalu buat tadlis. Kadangkala dia tadlis dari perawi lemah tanpa dia tahu.

 

Apabila dia kata: haddasana, itu tidak mengapa. Tetapi, apabila dia kata, عن maka itu ada kemungkinan ada tadlis.

 

Namun, tadlis dia tidak menjadi salah jika dia ambil dari guru-guru hebat seperti Ibrahim, Ibn Abi Wail, Abi Soleh al-Siman. Semua ini, ada kemungkinan sanad bersambung. (NAQD MUTUN AL-AHADIS I’NDA AL-HAFIZ IBN KATHIR FI KITABIHI AL-QURAN AL-AZIM, Dr. Wadhah Abd al-hadis Abd al-Rahman al-Muri. (tesis master), hlm 246)

 

Komen Syaikh Khalid al-Darayyis, kalau al-A’mash tidak sarih kata dia dengar dari jalur yang diyakini, maka itu perlu dilihat pada dua bahagian

 

Satu: عنعنة yang ada kemungkinan bersambung sanad.

n  Iaitu, jika dikeluarkan dari sahih bukhari dan muslim sebagai usul, bukan sebagai syawahid dan mutaba-ah.

n  Boleh diterima, jika dari kitab Sahih ibn Hibban. Kerana, Ibn Hibban pernah kata dalam muqaddimah kitabnya, bahawa dia tidak akan keluarkan hadis yang mudallis kecuali dia dapati ada wajah lain yang سماع.

n  Syu’bah yang ambil hadis dari al-A’masy boleh diterima, walaupun guna عن kerana riwayat itu mesti dia pernah dengar hadis.

n  Hafs bin Ghiyas yang ambil hadis dari al-A’mash.

n  Apabila A’masy riwayat hadis yang tidak ada sebarang pengkritik hadis mengkritik hadis terbabit, serta tidak ada mungkar pada matan hadis tersebut, maka عنعنة al-A’mash itu adalah bersambung sanad.

 

Kedua: kemungkinan tidak bersambung sanad.

n  Iaitu, jika dalam jalur lain terdapat ia tidak tadlis. Seperti dia bawa dalam jalur lain menggunakan حدثت atau بلغني dll. Maka sanad yang guna عنعنة dianggap terputus sanad.

n  Dilihat kepada guru-guru tertentu seperti Mujahid. Dia pernah kata, dia tidak dengar hadis dari mujahid kecuali 4 hadis sahaja.

n  Begitujuga, guru bernama SAID BIN JUBAIR. Itu perlu disebut حدثنا maka boleh dianggap muttasil. Jika sekadar عن maka hadisnya terputus sanad.

n  Jika hadis itu, matannya mungkar, seperti hadis yang ada perawi ahli bid’ah yang kandungan matannya mengangkat kebid’ahannya.

n  Contohnya: al-Bukhari illatkan hadis riwayat al-‘Amash yang ambil hadis dari Salim yang berkaitan dengan kesyiahan.  (NAQD MUTUN AL-AHADIS I’NDA AL-HAFIZ IBN KATHIR FI KITABIHI AL-QURAN AL-AZIM, Dr. Wadhah Abd al-hadis Abd al-Rahman al-Muri. (tesis master), hlm 250)

 

No comments:

Post a Comment