MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDILLAH BIN ABDILLAH
AL-AKBAR BIN SYIHAB AL-QURASHI AL-ZUHRI (53H-124H)
محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله الأكبر بن شهاب القرشي الزُّهْرِيِّ
Salah seorang ulama hadis yang terkenal dalam
kitab-kitab hadis. Beliau merupakan rijal kutub al-Sittah.
Dalam kitab-kitab hadis, kadangkala disebut dengan Ibn
Syihab dan kadangkala disebut dengan al-Zuhri.
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa beliau adalah
ulama yang mula-mula sekali menghimpunkan hadis atas perintah dari Umar bin
Abdul Aziz. Al-Imam al-Sayuti menyatakan bahawa Imam Malik juga mengakui
perkara yang sama.
Ulama Tarikh berbeza pendapat dalam hal Tarikh lahir
dan Tarikh meninggal Ibn Syihab ini. Ada yang mengatakan bahawa dia lahir tahun
49H dan meninggal pada tahun 124 hijrah.
Ada pendapat menjelaskan, untuk mengetahui ketepatan
Tarikh lahirnya adalah melihat Tarikh kematian Saidatina Aisyah; yang mana, dia
dilahirkan di tahun Aisyah meninggal dunia.
Dia dilahirkan di Madinah dan meninggal
dunia di Syaghab, iaitu satu kawasan dalam Saudi pada hari ini. Dia pernah
sampai ke Syam.
Dia pernah berkata bahawa dia belajar dengan Sa’id bin
Musayyib selama 8 tahun dengan bertemu lutut dan lutut.
Dia terkenal dengan hafalan dan ingatan yang kuat. Ada dakwaan
mengatakan bahawa dia tidak suka makan epal dan amat suka minum madu dengan
alasan epal boleh melemahkan hafalan sedangkan madu dapat menguatkan hafalan.
Dalam talkhis al-Habir, Ibnu Hajar Al-Asqalani kata:
Riwayat-riwayat mursal al-Zahabi adalah doif.
Imam Al-Zahabi menukilkan perkataan Yahya bin Said
Al-Qattan: mursal al-Zuhri lebih teruk daripada mursal orang lain kerana dia
seorang Hafiz. Selagi dia boleh menyebut nama seseorang perawi, dia akan
menyebutnya. Dia hanya tidak menyebut nama orang yang dia tidak suka menyebut
namanya.
Dalam al-Siyar, al-Zahabi ada berkata: bagi saya
riwayat mursal al-Zuhri seperti riwayat معضل kerana selalu gugur daripada sanadnya dua orang. Tidak
sewajarnya kita mengatakan dia hanya menggugurkan nama sahabat sahaja. Kalau
benar sesuatu riwayat itu daripada seorang sahabat, sudah tentu dia akan sebut
secara jelas.
Kata al-Zuhri lagi: orang-orang menganggap Mursal al-Zahabi sama seperti mursal Said bin musayyib dan Urwah bin al-Zubair dan perawi-perawi seumpama mereka berdua sebenarnya tidak sedar apa yang dicakapkannya itu. Sebenarnya, Mursal al-Zahabi sama seperti mursal Qatadah. (Asri:1/203)
***
[] MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN
UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN SHIHAB BIN ABDILLAH BIN AL-HARIS BIN ZUHRAH BIN
KILAB BIN MURRAH AL-QURASHI AL-ZUHRI @ ABU BAKAR AL-MADINI AL-FAQIH AL-HAFIZ.
(50H[1]
– 123H[2])
[] dia alim Hijaz dan Syam.
Disepakati kehebatan dan ketekunannya dalam ilmu[3].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Kutub sittah[4].
B.
IBN SAAD kata, dia siqah, banyak
riwayatkan hadis, berilmu dan faqih[5].
[1] Ada kata tahun 51 hijrah. Yahya bin Bukair kata,
tahun 56 hijrah. Al-Waqidi kata, tahun 58 hijrah. (masyariq:1/225)
[2] Al-Qattan kata, tahun 123-124 hijrah. ABU UBAIDAH,
IBN AL-MADINI, AMRU BIN ALI, akhir tahun 124 hijrah. Ibn Yunus kata, dia mati
pada tahun 125 hijrah. (masyariq:1/2250
[3] Masyariq:1/224
[4] Masyariq:1/225
[5] Masyariq:1/224
[6] Masyariq:1/224
No comments:
Post a Comment