SAHABAT: ABDULLAH BIN ABBAS (3SH-68H)
عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ عَبَّاسٍ
Salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, iaitu
Abdullah bin Abbas atau sering diringkaskan dengan disebut Ibn Abbas.
Beliau adalah sepupu Nabi saw, iaitu bapanya adalah
bapa saudara nabi saw yang bernama al-Abbas bin Abdul Muttalib.
Beliau dilahirkan di Mekah 3 tahun sebelum Nabi Hijrah
ke Madinah.
Dia memeluk islam ketika dalam lingkungan tahun 7
hingga 8 hijrah, iaitu ketika hampir dengan sejarah pembukaan kota Mekah yang semasa
sejarah itu tercetus, dia berada di Mekah.
Tidak lama dari itu, dia berhijrah ke Madinah bersama
dengan bapanya.
Semasa perang Jamal (36H) dan Siffin (37H), dia bersama Saidina
Ali.
Dia meninggal dunia pada tahun 68H di
Taif.
Beliau terkenal dengan pakar dalam bidang Fiqh, Tafsir,
Firasat dan petah dalam berdebat ekoran keberkatan Doa nabi saw kepadanya. Dalam hadis—daripada
Ibn Abbas berkata:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ، قَالَ: كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ ابْنَةِ الْحَارِثِ فَوَضَعْتُ
لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَهُورَهُ فَقَالَ: «مَنْ
وَضَعَ هَذَا؟» ، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ، فَقَالَ: «اللَّهُمَّ
فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ»
“Aku berada di rumah Maimunah binti al-Haris (ibu saudaranya
yang juga isteri nabi). Aku letakkan satu bekas air untuk Rasulullah bersuci.
Nabi saw bertanya: siapa yang meletakkan ini? Maimunah menjawab: Abdullah (ibn
Abbas). Nabi pun berdoa: Ya Allah, berilah kefahaman mendalam kepada dia (Ibn
Abbas) berkenaan agama, dan ajarkanlah kepadanya ta’wil” (Ibn Abi Syaibah,
hadis no: 32223)
No comments:
Post a Comment