مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ
[] MUHAMMAD BIN BASYSYAR BIN
OSMAN BIN DAUD BIN KAISAN AL-‘ADBI @ ABU BAKAR AL-HAFIZ AL-BASRI @ BUNDAR (167H – 252H[1])
[] Dia dilahirkan di tahun HAMMAD BIN SALAMAH meninggal
dunia. Hammad meninggal tahun 167 Hijrah[2].
[] Dilahirkan di Basrah dan membesar di situ. Selama ibunya
masih hidup, dia tidak keluar dari basrah. Selepas ibunya meninggal dhnia, dia
pun jelajah mencari ilmu. Dia pernah berkata;
أردت الخروج
فمنعتني أمي، فأطعتها، فبورك لي فيه
Aku mahu keluar (dari basrah), tetapi ibu aku melarang. Aku pun
taat ibuku. Aku pun diberikan keberkatan dengan sebab ketaatan itu”
[] Salah seorang dari 9 orang guru hadis kepada imam
sittah yang ambil hadis tanpa perantara.
[] IBN KHUZAIMAH kata: aku dengar BUNDAR kata bahawa
aku berbeza dengan YAHYA BIN SAID AL-QATTAN (110H – 178H) lebih dari 20 tahun.
[] ABU DAUD kata, aku tulis hadis
dari Bundar lebih kurang 50 ribu hadis[3].
AL-BUKHARI ambil hadis darinya sebanyak 250 hadis dalam sahihnya. Muslim pula,
ambil sebanyak 460 hadis dalam sahihnya.
[] IBN KHUZAIMAH kata bahawa
BUNDAR berkata: kamu
tidak duduk dalam majlis aku ini kecuali kamu hafal semua hadis yang aku
keluarkan
[] KOMENTAR;
A.
Kutub sittah.
B.
AL-IJLI kata, dia penduduk basrah yang siqah dan
banyak riwayat hadith.
C.
ABU HATIM kata, dia soduq.
D.
AL-NASAIE kata, dia soleh dan لا بأس به
E.
IBN HIBBAN sebut namanya dalam al-Siqaat. Katanya, dia
hafiz hadis dan dia baca hadis berdasarkan hafalannya.
F.
IBN KHUZAIMAH kata, telah menceritakan kepada kami
imam pada zamannya, iaitu MUHAMMAD BIN BASYSYAR.
G.
AL-BUKHARI kata dalam sahihnya, aku tulis BUNDAR, dia
menyebut hadis secara sanad. Kalau tidak kerana bersangatan siqahnya, pasti dia
riwayatkan hadis secara mukatabah.
H.
AL-DARAQUTNI kata, dia dari kalangan huffaz asbat.
[] KOMENTAR NEGATIF;
I.
ABU HAFSH AL-FALLAS bersumpah bahawa BUNDAR seorang
pembohong apabila dia riwayatkan hadis dari YAHYA
J.
IBN MA’IN anggap dia doif.
No comments:
Post a Comment