SAHABAT: SALMAN AL-FARISI (33H)
سَلْمَانَ
الفارسي
Dia berasal dari Farsi (Iran). Asalnya, dia beragama
majusi. Lepas tu, masuk NASRANI. Dia ke Syam, kemudian ke Yasrib (Madinah).
Semasa Nabi sampai di Madinah, dia masih hamba kepada
yahudi Bani Quraizah.
Menurut ceritanya, asalnya dia ditipu oleh kaum Bani
Kalb semasa dia hendak berpindah ke arab. Dia dibeli oleh
seorang yahudi—kemudian dijual pula kepada yahudi bani Quraizah.
Dia adalah hamba mukatab, iaitu hamba yang perlu
membayar sejumlah bayaran untuk dimerdekakan.
Cerita popular tentangnya, idea gali parit dalam
perang Khandaq yang berlaku pada tahun ke-5 Hijrah.
Selepas wafat Nabi, dia terlibat pembukaan Iraq.
Setelah pembukaan Iraq, dia menetap di sana sehingga meninggal dunia, iaitu di
era pemerintahan Saidina Osman bin Affan.
No comments:
Post a Comment