AL-HASAN BIN AMRU AL-SADUSI (224H)
الْحَسَنُ بْنُ
عَمْرٍو السَّدُوسِيَّ
Sengaja Abu Daud sebut
AL-SADUSI agar tidak tersilap dengan seorang lagi juga bernama yang sama,
tetapi perbezaannya adalah nama penuhnya AL-HASAN BIN AMRU BIN SAIF AL-TAMIMI
berasal dari Kufah, sedangkan guru Imam Abu Daud yang ini berasal dari Basrah.
Abu al-Fath al-Azdi
mengatakan bahawa dia mungkar al-Hadis, tetapi itu dibantah oleh Ibn Hajar
al-Asqalani dengan menyatakan bahawa Abu al-fath tidak tepat dakwaannya. Bahkan
al-Asqalani menyatakan bahawa dia seorang yang soduq.
Dia juga guru kepada
Imam al-Bukhari.
No comments:
Post a Comment