MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)
مُحَمَّدَ بْنَ
إِسْحَاقَ
Dia adalah ulama yang terkenal mengarang kitab Sirah
Ibn Ishaq. Dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Baghdad.
Nama penuhnya adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar. Menurut Al-Zahabi
kata, dia pernah jumpa Anas bin Malik dan Ummu Sa’ad bin Sa’ad al-Ansariyyah. Bapa
saudaranya adalah seorang ulama hadis terkenal, bernama Musa bin Abdul Rahman. Atuknya,
Yasar dikatakan berasal dari Kristian yang kemudian memeluk islam.
Tahun 115 H, dia sampai ke iskandariyyah (Mesir) untuk belajar dari
Yazid bin Abi Habib.
Ibn Ishaq ini mendapat beberapa kritikan berikut;
[a] Ibn hajar mengatakan bahawa dia seorang yang cenderung kepada syiah
dan berfahaman Qadariyyah.
[b] Ibn Hajar juga kata, dia ada melakukan tadlis.
[c] menurut al-Daraqutni, Imam malik menyatakan bahawa hadis Ibn Ishaq
dan bapanya tidak boleh dibuat hujah. Bahkan, Imam malik pernah kata, dia
adalah Dajjal dari kalangan para dajjal.
Namun begitu, di sana terdapat beberapa pujian terhadap Ibn Ishaq
seperti berikut;
[a] Imam Syafie mengatakan, “sesiapa yang mahu mendapat keluasan ilmu
berkenaan maghazi, maka itu boleh belajar dari Muhammad bin Ishaq.
[b] Ibn Hibban dan Abu Ya’la al-Khalili mengatakan bahawa Ibn Ishaq
mempunyai keluasan ilmu dan siqah. Abu Zur’ah al-Razi pula menyatakan bahawa
Ibn Ishaq adalah Soduq.
Imam Abu Daud, Tarmizi, nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis Ibn
Ishaq.
Dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Imam al-Bukhari tidak mengkritik Ibn Ishaq.
Namun, apabila dilihat dalam sahih al-Bukhari, nama Ibn Ishaq hanya berada
dalam Mutaba-ah dan ta’liq sahaja. Imam Muslim juga menggunakan pendekatan yang
sama.
No comments:
Post a Comment