IBRAHIM
BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)
عَنْ إِبْرَاهِيمَ بن يزيد بن قيس النخعي
Ini salah seorang ulama yang terkenal dalam kalangan
penuntut ilmu, iaitu IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia terkenal dengan alim dalam bidang
hadis, fiqh dan seorang qari dari kufah.
Dia berasal dari Yaman dari etnik Al-Nakha’ yang
dengan sebab itu beliau disebut sebagai al-Nakhaie. Dia meninggal di kufah,
Iraq.
Dia adalah anak saudara kepada Alqamah bin Qais
al-Nakhaie. Ibunya bernama MULAIKAH BINTI YAZID AL-NAKHAIEYYAH yang merupakan
kakak kepada AL-ASWAD dan ABDUL RAHMAN bin YAZID AL-NAKHAIE; kedua-dua ini
adalah ulama hadis yang terkenal dan tabiin yang terkenal di kufah.
Dia terkenal dengan seorang yang zuhud dan rajin beribadat.
Isterinya yang bernama HUNAIDAH pernah bercerita bahawa suaminya itu sentiasa
berpuasa dengan puasa Nabi Daud, iaitu berpuasa selang sehari.
Dia meninggal semasa pemerintahan al-Walid bin Abdul
Malik pada tahun 96 Hijrah, iaitu empat hingga lima bulan selepas kematian
al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi.
Rijal kutub al-Sittah. Menurut Abdullah bin Aun bahawa
Ibrahim al-Nakhaie antara ulama yang meriwayatkan hadis dengan makna. Dalam
pada itu, dia terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad.
Ada
beberapa kritikan berkenaan beliau. Antaranya, andai ada dakwaan mengatakan
bahawa dia menerima hadis dari Abu Sa’id al-Khudri, Umar bin al-Khattab, Ali
bin Abi Talib, Ibn Mas’ud dan Abu Abdullah al-Jadali, maka dakwaan itu tidak
boleh diterima.
Al-Hakim
pula senaraikan dia salah seorang perawi Mudallis. Ibn Hajar al-Asqalani pula
kata, dia banyak melakukan mursal. Pun begitu, al-‘Alai kata bahawa di sana
terdapat Jemaah dari kalangan imam-imam hadis menganggap sahih mursal Ibrahim.
Abu Hatim kata, Ibrahim memang pernah berjumpa Aisyah,
tetapi ketika itu dia masih kecil, iaitu dalam satu ibadat haji yang dia
tunaikan bersama dengan bapa saudaranya. Ekoran itu, sebarang hadis yang
dikatakan dia ambil dari Aisyah tidak boleh diterima.
No comments:
Post a Comment