JARIR BIN HAZIM AL-AZDI (170H)
جرير بن حازم الأزدي
Dia adalah Tabiin yang dilahirkan di basrah dan
meninggal dunia di Mesir.
Dia orang yang paling akhir
ambil hadis dari Abu Tufail ‘Amir bin Wasilah (sahabat yang paling akhir mati
di Madinah
Ada beberapa kritikan terhadap beliau adalah seperti
berikut;
[a] Sebelum dia meninggal dunia,
dia ada ikhtilat. Tetapi, semasa dia ikhtilat itu, tidak ada satu hadis pun
orang riwayatkan hadis yang dia riwayatkan secara ikhtilat. Antara mengatakan
begitu adalah Abu al-Qasim, al-Asqalani, al-Zahabi dan Abdul Rahman bin Mahdi.
Abu Hatim al-Razi kata, ikhtilat itu berlaku setahun sebelum kematiannya.
[b] Abu al-Fath al-Azdi
menyatakan bahawa dia adalah maqlubah pada beberapa hadis. Abu Hatim al-Basti
kata, dia silap itu kerana kebanyakkan hadis yang dia riwayatkan itu secara
hafazan. Abu Daud pula menyatakan, dia nyanyok sebelum kematiannya itu sehingga
dia pun tidak kenal anaknya sendiri.
[c] Imam al-Tarmizi menyatakan
bahawa dia kadangkala waham. Namun, al-Tarmizi tetap akui bahawa dia Sadoq.
Turut memberi komentar yang sama adalah al-Imam al-Bukhari. Ahmad bin Hambal
pula kata, dia banyak buat silap dan tidak kuat hafalannya. Dalam pada mengakui
bahawa dia siqah, Al-Asqalani kata, hadis yang dia riwayatkan secara hafalan mengandungi
waham.
Pun begitu, tidak sedikit
dalam kalangan ulama yang menganggap dia siqah, seperti al-Bazzar, al-Nasaie,
Ahmad bin Soleh al-Jili, Ahmad bin Soleh al-Misri, al-Daraqutni, Syu’bah bin
al-Hajjaj, Ibn Madini, ‘Ali bin Osman, Yahya bin Main. Bahkan, dia salah
seorang rijal kutub Sittah.
No comments:
Post a Comment