IBN AQIL (145H)
ابْنِ عَقِيلٍ
Nama penuhnya adalah ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ‘AQIL
BIN ABI TALIB. Dia adalah Tabiin yang tinggal di Madinah. Dikatakan meninggal
dunia pada tahun 145H. Ada pendapat lain kata, dia meninggal pada 140H, ada
kata 141H dan ada kata 142H.
Dia
adalah cucu kepada ‘AQIL BIN ABI TALIB (44SH-60H) yang merupakan SAHABAT dan
merupakan abang kepada JAAFAR (34SH-8H) dan SAIDINA ALI (23SH-40H). ‘Aqil
adalah anak kepada FATIMAH BINTI ASAD AL-HASHIMIYYAH (Isteri ABU TALIB yang
menjaga Nabi saw selepas kematian Aminah binti Wahab. Orang ke-11 dan perempuan
ke-2 selepas Khadijah yang memeluk islam. Hijrah ke Madinah dan mati di sana
dan ditanam di kubur baqi’)
‘Aqil
masuk islam tahun Fath Makkah. Ada kata, selepas Hudaibiyyah. Ada kata, dia dah
lama memeluk islam, tetapi dia diam sahaja. Dia hijrah ke Madinah tahun 8
hijrah. Dia adik beradik saidina Ali yang paling akhir masuk islam. Dia
meninggal di akhir pemerintahan Muawiyyah (ada kata, di awal pemerintahan
Yazid).
Adapun
ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ‘AQIL adalah cucunya. Tetapi, dinisbahkan kepada IBN
AQIL, kerana atuknya itu popular.
Ibu
Abdullah adalah Zainab al-Sughra binti ‘Ali bin Abi Talib, iaitu anak bongsu—anak
keempat kepada Ali bin Abi Talib dan Fatimah binti Rasulillah selepas Hasan, Husin
dan Zainab (Isteri Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib). Semasa dia dilahirkan
(dikatakan tahun 10 H), Fatimah beri nama ZAINAB, tetapi NABI memanggilnya UMMU
KALTSUM kerana ada iras muka anak Nabi bernama Ummu Kalsum. Ada kata, namanya
adalah RUQAYYAH.
Dalam
AL-TAWASSUT dinyatakan bahawa Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil ini adalah SADUQ.
Antara yang mengatakan hal yang sama adalah AL-TARMIZI.
Ramai
ulama meragui dari sudut kekuatan hafalannya. Namun, al-Bukhari berkata bahawa
Imam Ahmad, Ishaq bin Ibrahim dan al-Humaidi berhujah dengan hadisnya.
Abu
al-Fath al-Ya’muri kata, Abu Isa tidak mengsahihkan hadis Ibn ‘Aqil dalam hadis
ini. Namun, didapati dia mensahihkan riwayat Ibn ‘Aqil pada hadis yang lain.
Justeru, wajar dianggap bahawa dia adalah HASAN. Ini
juga pendapat AL-ZAHABI. Bahkan, al-Zahabi kata hadis yang dia riwayatkan tidak
dapat naik darjat sahih dan tidak dapat dibuat hujah.
Ibn
Hajar kata dalam AL-TALKHIS bahawa IBN AQIL ini buruk hafalan. Diterima
hadisnya jika ada mutaba-ah. Jika tafarrud, maka setahap hasan sahaja. Jika
menyalahi dengan para siqah, maka hadisnya perlu ditolak.
Al-NASAIE
dan YAHYA BIN MAIN anggap dia doif. Ahmad dan Muhammad bin Sa’ad kata, dia
mungkar yang tidak dibuat hujah pada hadisnya. Ya’qub kata, dia soduq dan
hadisnya ada kedoifan yang teramat sangat. Ibn Uyaynah memasukkan dia dari
salah seorang dari empat orang yang hadisnya perlu ditinggalkan. Ibn Ma’in
kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Al-Tarmizi kata, dia soduq dan ada
sesetengah ahli ilmu memperkatakan berkenaan hafalannya.
Pun
begitu, terdapat ramai dalam kalangan ulama yang memujinya. Al-Bukhari kata,
Ahmad, Ishaq dan al-Humaidi berhujah dengan hadis Ibn ‘Aqil.
Al-Bukhari
mengatakan bahawa dia adalah مقارب الحديث, iaitu hadisnya hampir dengan hadis-hadis para siqah. Ungkapan ini mengandungi maksud TA’DIL.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, tetapi tahap
penerimaan terhadapnya amat rendah.
No comments:
Post a Comment