MUHAMMAD BIN YAHYA BIN FARIS (172H-258H)
مُحَمَّدُ بْنُ
يَحْيَى بْنِ بن فَارِسٍ
Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABDULLAH
BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB AL-ZUHLI AL-NAISABURI. Beliau mendapat gelaran
al-hafiz dalam bidang hadis.
Dia adalah penduduk
al-Naisaburi (Iran) dan kealimannya dalam bidang hadis di sana sehingga digelar
Imam al-Hadis di khurasan.
Dia pernah sampai
Baghdad, basrah, yaman, Hijaz, mesir, Syam dan sebagainya.
Dia adalah Guru kepada al-Bukhari, Abi Daud,
al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah. Tidak didapati namannya dalam MUSLIM.
Mungkin perlu diambil perhatian, bahawa al-Bukhari
Kadangkala menyebut namanya dengan محمد kadangkala guna محمد بن
عبدالله kadangkala
guna محمد بن خالد
Dia adalah siqah lagi
sahih.
**
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ يَحْيَى النَّيْسَابُورِيُّ
[] MUHAMMAD BIN YAHYA BIN
ABDILLAH BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB ذئيب AL-ZUHLI الذهلي @ ABU
ABDILLAH AL-NAISABURI[1] (166H[2]
-252H[3])
[] Dia pernah sampai ASBAHAN,
AL-RAY, NISABUR, MADINAH, MEKAH, WASIT, BAGHDAD, BASRAH, YAMAN, HIJAZ, MESIR
dan SYAM dan dia berakhir mencari ilmu dan meninggal di Khurasan.
[] Ulama berbeza pendapat
berkenaan tarikh matinya. Ibn Qani’ kata, 252 hijrah; ada pula kata, 256
hijrah; Abu Bakar bin Ziyad kata, 257 hijrah. Abu Hamid bin al-Syarqi dan Abu Abdillah
bin al-Akhram kata, 258 hijrah. Menurut AL-KHATIB, telah sampai maklumat
kepadaku bahawa dia meninggal ketika umurnya 86 tahun[4].
[] MUHAMMAD BIN SAHL BIN ‘ASKAR
kata: kami bersama Ahmad bin Hanbal. Tiba-tiba AL-ZUHLI masuk. Ahmad pun
berdiri kepadanya. Ramai manusia di situ kaguminya. Kemudian Ahmad berkata
kepada anak-anak dan murid-muridnya: Pergilah belajar hadis dengan Abu
Abdillah. Dan tulislah hadis darinya[5].
[] Ibn Abi Hatim berkata: aku
dengar bapaku berkata: Muhammad bin Yahya adalah Imam pada zamannya. Bapaku
tulis hadinya di Ray (Iran)[6].
[] AL-JUZAJANI ada bercerita: aku
berjumpa dengan AHMAD BIN HANBAL. Dia berkata: apakah kamu mahu pergi Basrah? Aku
jawab: ya. Dia pun kata: apabila kamu sampai di Basrah, kamu lazimilah Muhammad
bin yahya dan dengarkan hadis darinya. Aku tidak jumpa seorang pun orang
khurasan yang amat tahu hadis al-zuhri menandingi dia.
[] AL-BUKHARI riwayatkan hadisnya
tanpa sarih. Kadangkala disebut MUHAMMAD; kadangkala sebut MUHAMMAD BIN
ABDULLAH; kadangkala sebut MUHAMMAD BIN KHALID. Tanpa disebut MUHAMMAD BIN
YAHYA sepertimana yang IBN MAJAH sebut[7].
[] Dia ada karang dua buah kitab,
iaitu kitab ILAL HADIS AL-ZUHRI dan KITAB AL-TAWAKKUL.
[] Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan
Ibn Majah menyebut namanya. Muslim pula tidak meriwayatkan hadisnya[8].
[] KOMENTAR POSITIF;
A.
Dia rijal al-Jamaah kecuali
Muslim[9].
B.
ABU HATIM kata, dia siqah soduq[10].
C.
NASAIE kata, dia siqah ma’mun[11].
D.
IBN ABI DAUD kata, dia amirul
Mukminin hadis[12]. hal
yang sama diakui oleh ABDULLAH BIN SULAIMAN dalam tarikh Baghdad.
E.
IBN KHIRASH kata, dia salah
seorang imam dalam ilmu[13].
F.
KHATIB kata, dia salah seorang
imam ‘arifin; huffaz yang mutqin; siqah ma’mun[14].
G.
AL-ZUHRI anggap dia baik. [15]
H.
NASAIE kata dalam “Masyikhatih”,
dia siqah sabat dan salah seorang imam hadis[16].
I.
IBN KHUZAIMAH kata, dia imam pada
zamannya tanpa dibantah oleh seorang pun[17].
J.
ALI AL-MADINI pernah kata
kepadanya, kamu adalah Waris al-Zuhri[18].
[1] Masyariq:1/241
[2] Ada kata, dia dilahirkan pada 172 hijrah
[3] Ali bin Adam kata, dia meninggal pada 258 hijrah.
(mursyid:1/98) Abdullah
bin Muhammad bin Ziyad al-Nisaburi pula kata, tahun 257 hijrah.
[4] Masyariq:1/241
[5] Masyariq:1/241
[6] Masyariq:1/241
[7] Masyariq:1/241
[8] Masyariq:1/241
[9] Masyariq:1/242
[10] Masyariq:1/241
[11] Masyariq:1/241
[12] Masyariq:1/241
[13] Masyariq:1/241
[14] Masyariq:1/241
[15] Masyariq:1/241
[16] Masyariq:1/241
[17] Masyariq:1/241
[18] Masyariq:1/241
No comments:
Post a Comment