MUHAMMAD BIN JA’AFAR BIN AL-ZUBAIR (113H)
مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ
Dia adalah cucu kepada sahabat Nabi terkenal, iaitu
AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM. Bapanya, JAAFAR adalah anak bongsu AL-ZUBAIR, iaitu
adik kepada URWAH BIN AL-ZUBAIR. Ibunya
adalah hamba wanita kepada bapanya.
Al-Bukhari mengatakan bahawa dia adalah fuqaha’
Madinah pada zamannya.
Dikatakan bahawa dia meninggal dunia sewaktu umur masih
muda.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang
perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment