ABDULLAH BIN YAZID AL-MUQRI (120H-213H)
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ
Nama penuhnya adalah
ABDULLAH BIN YAZID AL-MAKHZUMI AL-MADANI AL-MUQRI. Digelar dengan panggilan ABU
ABDUL RAHMAN AL-‘ADAWI.
Pada perkataan المقرئ, ada yang kata ia adalah
nisbah kepada satu perkampungan di DAMSHIQ, iaitu apabila ada yang membaca
AL-MUQRA’IE. Namun, pendapat itu dibantah dengan anggapan bahawa dakwaan itu
tidak mempunyai sebarang asas langsung.
Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di mekah.
Dia amat mahir dalam bidang ilmu qiraat kerana
kesungguhan dia belajar ilmu terbabit. Dikatakan, dia belajar ilmu itu di
basrah selama 30 bulan, kemudian sambung belajar ilmu yang sama di mekah selama
35 tahun.
Banyak riwayat menyatakan bahawa dia meninggal pada
tahun 213H, tetapi AL-BUKHARI pula kata, dia meninggal tahun 156H.
Dia adalah guru imam
malik, dan merupakan rijal al-Kutub al-Sittah. Dia adalah seorang perawi siqah
lagi sahih.
No comments:
Post a Comment