MUHAMMAD BIN AL-HANAFIYYAH (80H)
مُحَمَّدِ
ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ
Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN ALI BIN ABI TALIB.
Digelar sebagai ABU AL-QASIM AL-HASHIMI AL-MADANI.
Dia lebih dikenali dengan BIN HANAFIYYAH, kerana
bersempenakan kepada ibunya yang dipanggil al-Hanafiyyah (nama sebenarnya: Khawlah
binti Ja’far bin Qais al-hanafiyyah). Dia adalah anak kepada Saidina Ali dari
isteri ke-2 Saidina Ali yang dinikahi selepas kematian Fatimah. Dia tidak ada
adik beradik seibu sebapa, tetapi ada adik beradik sebapa, iaitu Hasan, husin,
Hasan dan Ummu al-Kaltsum.
Dikatakan bahawa dia dilahirkan di akhir pemerintahan Abu
Bakar al-Siddiq, dan dikira sebagai tabiin. Orang syiah memanggilnya sebagai al-Mahdi.
Dia meninggal pada tahun 80H, yang menurut Ibn Ruslan, orang syiah percaya
bahawa dia tidak mati.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi
siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment