MUHAMMAD BIN KA’AB (40H-108H)
مُحَمَّدِ بْنِ كَعْبٍ
Nama penuhnya MUHAMMAD BIN KA’AB BIN SALIM BIN ASAD
AL-QURAZI. Digelar dengan ABU HAMZAH AL-MADANI. Salah seorang dari orang besar
AUS.
Dia terkenal sebagai salah seorang TABIIN yang alim
dalam bidang tafsir dan hadis.
Dia dilahirkan dan meninggal di Madinah, dan pernah
tinggal di Kufah. Rata-rata mengatakan dia meninggal pada tahun 108 hijrah,
tetapi ada dakwaan mengatakan bahawa dia meninggal pada 118 hijrah.
Imam Tarmizi kata, daripada qutaibah kata, dia
(Muhammad bin Ka’ab) dilahirkan pada hayat hidup nabi. Ada pula kata, dia
dilahirkan di akhir khilafah Ali, iaitu tahun 40H.
Menurut cerita, dia meninggal ketika dia sedang
berkhutbah dalam masjid. Bumbung masjid runtuh dan menimpa kepalanya dan
sahabat-sahabatnya. Kesan dari itu, dia meninggal dunia.
Ibn Hibban kata, dia adalah penduduk Madinah yang
paling afdhal dari sudut ilmu dan kefaqihan.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi yang siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment