MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-HARIS BIN ABI ZI’B
HISHAM BIN SYU’BAH AL-QURASHI AL-‘AMIRI (158H)
ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ @
محمد بن عبدالرحمن بن المغيرة بن الحارث بن ابي ذئب هشام بن شعبة القرشي العامري
Dia dipanggil dengan ABU AL-HARIS AL-MADANI.
Ahmad kata, dia ada
keirasan dengan Ibn Musayyib, bahkan dia lebih soleh, lebih warak dan lebih
berani menegak kebenaran berbanding imam Malik.
Ketika Khalifah
al-Mahdi masuk masjid Nabi, al-Musayyib bin Zuhair berkata kepadanya:
berdirilah kamu. Ini adalah Amirul Mukminin. Ibn Abi Zi’b jawab: manusia hanya
perlu berdiri untuk tuhan sekelian alam.
Al-Mahdi pun berkata:
Biarkan dia. Setiap helaian rambut di kepalaku berdiri tegak.
Ibn Ma’in, al-Nasaie
kata, dia siqah. Ya’qub bin Syaibah kata, dia siqah soduq. Al-Asqalani kata,
dia siqah yang faqih.
Berkenaan riwayat yang
dia ambil dari al-Zuhri, ada setengah ulama kata, ada idhtirab.
No comments:
Post a Comment