ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD (75H-156H)
عَبْدُ
الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ
Nama penuhnya adalah ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD BIN
AL-AN’AM AL-MU’AFURI. Digelar dengan panggilan ABU AYYUB AL-SYA’BANI. Ada kata,
ABU AL-BAQA’ dan ada pula kata ABU KHALID.
Dia sampai ke tiga negara, iaitu mesir, Kufah dan Afriqa. Di afriqa, dia
dilantik oleh gabenor Marwan bin Muhammad al-Umawi untuk menjadi qadhi. Dia
pegang jawatan itu sehinga dia meninggal dunia.
Dia adalah orang yang mula-mula sekali dilahirkan di Afrika setelah
islam masuk ke situ.
Ada beberapa riwayat menjelaskan bahawa dia seorang berani terhadap
pemerintah. Ketika tersebar kezaliman pemerintah yang dia dengar dari
pegawai-pegawai istana sendiri, dia telah berjumpa dengan sultan (Abu Ja’far
al-Mansur). Apabila dia berjumpa dengan sultan, dia nyatakan bahawa dia mahu
memberitahu bahawa kezaliman berlaku dalam istana raja. Justeru, dia mahu
kezaliman itu keluar dari istana. Sultan marah dan menghambat dia keluar dari
istana.
AHMAD kata, dia mungkar. IBN MA’IN kata, dia doif—ditulis hadisnya
tetapi diingkarkan hadis-hadis gharib yang dia cerita. AL-JUZJANI kata dia
benar, namun tidak terpuji pada hadisnya. IBN ‘ADI kata, umum hadisnya tidak
ada mutaba-ah. Pengarang kitab AL-MINHAL kata, dia seorang yang doif dan
pentadlis hadis.
AL-TARMIZI kata, dia doif di sisi ahli hadis. YAHYA AL-QATTAN menganggap
dia doif. namun begitu, Yahya kata bahawa dia nampak AL-BUKHARI menganggap dia
sebagai مقارب الحديث, tanpa namanya itu bukhari senaraikan dalam kitab AL-DU’AFA’.
ABU DAUD kata bahawa dia tanya AHMAD BIN SOLEH berkenaan AL-AFRIQI,
apakah dia boleh dibuat hujah? Jawab Ahmad, boleh.
Turut memandang dia Siqah adalah ABDULLAH BIN WAHAB dan SAHNUN.
قال الذهبي: الإِمَامُ، القُدْوَةُ، شَيْخُ الإِسْلاَمِ، أَبُو أَيُّوْبَ
الشَّعْبَانِيُّ، الإِفْرِيْقِيُّ، قَاضِي إِفْرِيْقِيَةَ، وَعَالِمُهَا،
وَمُحَدِّثُهَا، عَلَى سُوءٍ فِي حِفْظِه
Dengan sebab itu,
riwayatnya menjadi khilaf dalam kalangan ulama hadis dalam menentukan status
hadis. walaubagaiimana pun, ramai pengkaji tarjihkan bahawa riwayatnya DOIF.
Dia adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Adapun al-Bukhari, namanya hanya ada dalam kitab al-Adab al-Mufrad.
No comments:
Post a Comment