AL-HASAN BIN ALI AL-KHALLAL (242H)
الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ
Nama penuhnya adalah AL-HASAN BIN ALI BIN MUHAMMAD
AL-KALLAL AL-HUZALI AL-HULWANI. Dipanggil dengan ABU MUHAMMAD. Dia tinggal di
Baghdad, Hulwan (Kaherah-Mesir) dan Mekah. Dia meninggal di Mekah.
Dia dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE, AL-ASQALANI,
AL-BAGHDADI, AL-ZAHABI, MASLAMAH AL-ANDALUSI dan ramai lagi.
Namun begitu, ABU HATIM kata, dia SODUQ. ABU DAUD
kata, dia alim ilmu rijal, tetapi dia tidak kritik perawi. AL-TARMIZI kata, dia
hafiz. ABU YA’LA AL-KHALILI kata, dia seiras imam Ahmad dari sudut amalan
agamanya.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Nasaie
sahaja. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment