Wednesday, July 27, 2022

ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE (88H-157H)

ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE (88H-157H)

الْأَوْزَاعِيَّ @ عبدالرحمن بن عمرو بن يحمد الأوزعي

 

Nama dia adalah ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE. Abu Zur’ah al-Dimasyqi pula kata, nama sebenarnya adalah ABDUL AZIZ BIN AMRU BIN ABI AMRU. Namun, dia perkenalkan dirinya sebagai ABDUL RAHMAN.

 

Dia dipanggil dengan ABU AMRU AL-SYAMI dan dipanggil dengan AL-AWZAIE kerana nisbah kepada Awza’, iaitu satu kabilah arab dari Himyar; atau satu kampung di Damsyiq.

 

Dia dari kalangan Atba’ al-Tabiin, dan seorang imam dalam kalangan penduduk syam pada zamannya yang mahir dalam bidang ilmu fiqh dan hadis.

 

Dia dikenali sebagai إمام العيش المشترك في لبنان kerana sikap tasamuh dia dengan orang yahudi dan Nasrani dalam kalangan penduduk Syam.

 

Dia dilahirkan di بعلبك, iaitu sebuah kota di Lubnan yang terkenal dengan runtuhan kuil Rom yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia dan meninggal dunia di Beirut.

 

Dia dibesarkan di Kark Nuh, iaitu salah satu kampung di Lubnan yang dikatakan bahawa di situ adalah kubur Nabi Nuh. Dia dibesarkan dalam keadaan fakir dan yatim kerana bapanya meninggal semasa dia masih kecil lagi. Kemudian dia berpindah ke Lubnan bersama ibunya.

 

Sebelum dia ke Lubnan, dia sempat tinggal di Damsyiq bersama dengan keluarganya. Dia berpindah pula ke Halb, hama dan Qinnasrin; ketiga-tiga tempat ini di Syam.

 

Diceritakan bahawa dia banyak kali berkahwin dan dikurniakan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki bongsu. Dari tiga anak perempuan itu, dikatakan duanya adalah kembar.

 

Dia sempat era perubahan dari Daulah Umawiyyah ke Daulah Abbasiyah.

 

Kebijaksanaan dia dalam menanggapi ilmu sudah diperakui oleh ulama, sehinggakan dia mula memberi fatwa berkaitan fiqh sewaktu umurnya 13 tahun, dan memberikan fatwa berkaitan aqidah pada umur 17 tahun.

 

Dia pernah sampai beberapa tempat demi mencari ilmu, seperti syam, Yamamah, Basrah, Madinah, Baitul Maqdis, bahkan beberapa kali menunaikan haji di mekah.

 

Pada era pemerintahan Yazid bin al-walid menjadi gabenor, pernah diminta dia menjadi Qadhi, tetapi dia menolak.

 

Dia dianggap sebagai salah satu mazhab dalam islam. Namun sedih, murid-muridnya tidak menulis dan menghimpunkan fatwa-fatwanya.

 

Dia meninggal pada tahun 157 Hijrah, di Beirut dalam keadaan meninggalkan harta sebanyak 7 dinar sahaja, tanpa mempunyai sebarang tanah dan rumah.

 

Jenazah dia dikunjungi empat penganut agama; Islam, Yahudi, Nasrani dan Qibti


No comments:

Post a Comment