SOLEH BIN KAISAN AL-GHIFFARI (40H-140H)
صَالِحٍ بن كيسان الغفاري الحافظ
Dia digelar dengan panggilan Abu Ahmad al-Ghiffari. Ada kata, al-‘Amiri.
Dilahirkan di Madinah dan merupakan ulama fiqh dan hadis di Madinah.
Dia mendapat gelaran
al-Hafiz yang dalam istilah ulum al-Hadis bermaksud orang yang menghafal sebanyak
100 ribu hadis, sanad dan matan.
Dalam al-Siyar diceritakan bahawa Ibrahim bin Sa’ad datang rumah Soleh.
Didapati dia senang memberi makan kepada kucingnya dan kepada burung merpati.
Al-Imam al-Sakhawi kata, umurnya 100 tahun. Ibn Nasir al-Din pula kata,
umurnya lebih 100 tahun.
Dia adalah rijal
al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment