AL-WALID BIN KATHIR (151H)
الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ
Digelar
dengan panggikan ABU MUHAMMAD AL-QURASHI AL-MADANI AL-MAKHZUMI. Berasal dari
Madinah dan meninggal di Kufah.
Ulama yang menganggap dia siqah, antaranya adalah ISA
BIN YUNUS, IBRAHIM BIN SA’AD, YAHYA BIN MA’IN, IBN HIBBAN DLL, tetapi IBN
UYAYNAH kata, dia setahap SODUQ sahaja.
ABU DAUD kata, dia seorang penganut IBADHI, namun
mengiktiraf kesiqahannya. AL-ASQALANI
kata, dia IBADHI yang tidak pernah menyeru kepada fahamannya.
ISA BIN YUNUS dan UBAID BIN MAIMUN AL-TIBAN pula kata,
dia seorang penganut QADARI.
Dengan aqidahnya itu, AL-UQAILI anggap dia doif.
Namun, AL-ASQALANI bantah dengan menyatakan, penentuan doif sebegitu tidak boleh
diambil kira.
Dia adalah rijal al-kutub al-Sittah dan dianggap
perawi yang sahih
No comments:
Post a Comment