ASIM BIN AL-MUNZIR
عَاصِمُ بْنُ الْمُنْذِرِ
Ulama Madinah ini
adalah adik beradik dengan FATIMAH BINTI AL-MUNZIR, iaitu isteri kepada HISHAM
BIN URWAH BIN AL-ZUBAIR.
Bapanya adalah
AL-MUNZIR BIN AL-ZUBAIR adalah orang yang bersama-sama dengan YAZID BIN
MUAWIYAH dalam usaha hendak menguasai kota konstentinopal, namun mereka gagal.
Dia ambil hadis juga dari neneknya, iaitu ASMA’ BINTI
ABI BAKAR dan bapa saudaranya, iaitu ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR dan URWAH BIN
AL-ZUBAIR.
Dia adalah rijal Abu Daud dan Ibn Majah. Tidak
didapati namanya dalam kitab sunan yang lain.
Dia dianggap siqah oleh ABU ZUR’AH dan IBN HIBBAN. ABI HATIM pula anggap dia SOLEH AL-HADIS. AL-‘ASQALANI pula anggap dia sekadar SODUQ sahaja.
No comments:
Post a Comment