UBAIDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’ AL-ANSARI AL-‘ADAWI
عُبَيْدِ
اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ الْأَنْصَارِيِّ الْعَدَوِيِّ
Digelar dengan al-‘Adawi
kerana nisbah kepada moyangnya yang bernama ‘ADI BIN YAZID BIN JASYAM BIN
HARISAH BIN HARIS BIN AL-KHAZRAJ BIN UMAR BIN MALIK BIN AUF.
Tidak diketahui nama sebenar bapanya. Ada kata ABDUL
RAHMAN dan ada kata ABDULLAH.
Namun, kalau dilihat dalam al-tarikh al-Kabir karya
al-Bukhari dan al-Siqat karya Ibn Hibban; mereka ada menyatakan bahawa Abdul
Rahman bin Rafi’ bin Khadij ini ada seorang abang bernama ABDULLAH.
Kalau dilihat dari komentar dua ulama ini, menandakan Abdul
Rahman dan Abdullah adalah dua orang yang berbeza.
Riwayatnya tidak diterima kecuali jika dikuat dengan
riwayat-riwayat yang lain
No comments:
Post a Comment