Wednesday, July 27, 2022

NAFI’ BIN ABBAS (91-100H)

 NAFI’ BIN ABBAS (91-100H)

نَافِعٌ مَوْلَى أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ

 

Nama sebenarnya adalah NAFI’ BIN ABBAS.

 

Al-Sayuti dalam al-Is’af kata, ada pihak menyatakan bahawa amanya NAFI’ BIN ‘AYYASH AL-AQRA’ dan dipanggil dengan ABU MUHAMMAD, tetapi itu dibantah dengan menyatakan bahawa dia dipanggil ABU ‘AYYASH.

 

Al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam wa wafiyat al-Masyahir wa al-A’lam menyatakan bahawa dia mati dalam lingkungan tahun 91 hingga 100 hijrah.

 

Dia tinggal di sekitar Hijaz, terutama di Madinah.

 

Dia diakui siqah ramai ulama, seperti Abu Hatim bin Habban, Ibn Syahin, Ibn Syuaib al-Nasaie, Ibn Soleh al-Jili, al-Asqalani dan al-Zahabi. Ahmad kata, dia ma’ruf.

 

Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie, dan seorang perawi yang sahih.

No comments:

Post a Comment