AL-WALID BIN MUSLIM AL-QURASHI AL-UMAWI (119H-195H)
الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ القرشي الأموي
Dipanggil dengan ABU
AL-ABBAS AL-DIMASYQI AL-SYAMI AL-UMAWI AL-QURASHI. Dia dilahirkan di Mekah dan
terkenal sebagai ulama dari kalangan penduduk Syam.
Menurut Muhammad bin
Sa’ad al-Baghdadi, dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang dari
menunaikan ibadat haji.
Ahmad kata, dia paling
banyak riwayatkan hadis dari penduduk syam.
Dia anggap siqah oleh
YA’AQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI, dan dianggap HAFAZ, TEKUN DAN PALING tahu
berkenaan hadis dari negerinya (syam) oleh AL-HAKIM AL-NAISABURI.
Ahmad pula kata, dia
banyak buat silap, serta ikhtilat antara hadis yang dia dengar dan hadis yang
dia tidak dengar, dia ada hadis yang mungkar. Kadangkala Ahmad juga pernag
kata, dia orang yang paling banyak riwayatkan hadis dari penduduk syam, dan
anggap orang paling berakal di Syam.
Abu Mushir al-Ghassani
kata, kadangkala dia buat tadlis dari sekian ramai pendusta hadis yang
AL-ASQALANI namakan sebagai TADLIS TASWIYAH.
Al-Zahabi kata,
al-Bukhari dan Muslim berhujah dengan hadisnya. Namun, kemudiannya membersihkan
dari riwayatnya dan menjauhkan diri dari apa yang dia ingkarkan. Di akhir
umurnya, dia ke Ramallah dan ramai yang mengambil hadis darinya di situ.
Al-Zahabi juga pernah
pesan, dia seorang alim dari syam. Dia seorang mudallis. Justeru, perlu berhati-hati
jika dia riwayatkan dengan عن.
Dia adalah rijal
al-Kutub al-Sittah, seorang perawi yang maqbul.
No comments:
Post a Comment