ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE (88H-157H)
الْأَوْزَاعِيَّ @ عبدالرحمن بن عمرو بن يحمد الأوزعي
Nama dia adalah ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE. Abu Zur’ah
al-Dimasyqi pula kata, nama sebenarnya adalah ABDUL AZIZ BIN AMRU BIN ABI AMRU.
Namun, dia perkenalkan dirinya sebagai ABDUL RAHMAN.
Dia dipanggil dengan
ABU AMRU AL-SYAMI dan dipanggil dengan AL-AWZAIE kerana nisbah kepada Awza’,
iaitu satu kabilah arab dari Himyar; atau satu kampung di Damsyiq.
Dia dari kalangan Atba’
al-Tabiin, dan seorang imam dalam kalangan penduduk syam pada zamannya yang
mahir dalam bidang ilmu fiqh dan hadis.
Dia dikenali sebagai إمام العيش المشترك في لبنان kerana sikap tasamuh dia
dengan orang yahudi dan Nasrani dalam kalangan penduduk Syam.
Dia dilahirkan di بعلبك, iaitu sebuah kota di Lubnan yang terkenal
dengan runtuhan kuil Rom yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia
dan meninggal dunia di Beirut.
Dia dibesarkan di Kark
Nuh, iaitu salah satu kampung di Lubnan yang dikatakan bahawa di situ adalah
kubur Nabi Nuh. Dia dibesarkan dalam keadaan fakir dan yatim kerana bapanya
meninggal semasa dia masih kecil lagi. Kemudian dia berpindah ke Lubnan bersama
ibunya.
Sebelum dia ke Lubnan,
dia sempat tinggal di Damsyiq bersama dengan keluarganya. Dia berpindah pula ke
Halb, hama dan Qinnasrin; ketiga-tiga tempat ini di Syam.
Diceritakan bahawa dia
banyak kali berkahwin dan dikurniakan tiga anak perempuan dan seorang anak
lelaki bongsu. Dari tiga anak perempuan itu, dikatakan duanya adalah kembar.
Dia sempat era perubahan
dari Daulah Umawiyyah ke Daulah Abbasiyah.
Kebijaksanaan dia dalam
menanggapi ilmu sudah diperakui oleh ulama, sehinggakan dia mula memberi fatwa
berkaitan fiqh sewaktu umurnya 13 tahun, dan memberikan fatwa berkaitan aqidah
pada umur 17 tahun.
Dia pernah sampai
beberapa tempat demi mencari ilmu, seperti syam, Yamamah, Basrah, Madinah,
Baitul Maqdis, bahkan beberapa kali menunaikan haji di mekah.
Pada era pemerintahan
Yazid bin al-walid menjadi gabenor, pernah diminta dia menjadi Qadhi, tetapi
dia menolak.
Dia dianggap sebagai
salah satu mazhab dalam islam. Namun sedih, murid-muridnya tidak menulis dan
menghimpunkan fatwa-fatwanya.
Dia meninggal pada
tahun 157 Hijrah, di Beirut dalam keadaan meninggalkan harta sebanyak 7 dinar
sahaja, tanpa mempunyai sebarang tanah dan rumah.
Jenazah dia dikunjungi
empat penganut agama; Islam, Yahudi, Nasrani dan Qibti