Saturday, April 2, 2022

SAHABAT: KHUZAIMAH BIN SABIT (37H)

 SAHABAT: KHUZAIMAH BIN SABIT (37H)

خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ

 

Nama penuhnya adalah KHUZAIMAH BIN SABIT BIN AL-FAKAH BIN SA’LABAH BIN SA’IDAH AL-ANSARI yang dipanggil dengan gelaran ABU UMARAH.

 

Dia juga mendapat jolokan dengan panggilan ذو الشهادتين—orang yang mempunyai dua saksi.

 

Gelaran itu diberikan kerana kisah Nabi saw memberi kuda dari Sawa’ bin Qais al-Muharibi (Badwi). Setelah berlaku akad jual beli, dia ingkari bahawa nabi telah membeli itu.

 

Ketika berlaku pertikaian itu, Khuzaimah bin Sabit bersedia menjadi saksi untuk Nabi. Nabi saw tanya: macam mana kamu jadi saksi walhal kamu tidak hadir?

 

Dia jawab: Aku percaya dengan apa yang kamu bawa, kerana aku tahu, kamu tidak akan bercakap kecuali kebenaran.

 

Nabi pun berkata: Barangsiapa yang khuzaimah jadi saksi untuknya, atau terhadapnya, maka itu sudah memadai”.

 

Kisah ini ada pertikaian berkenaan statusnya. Ia tidak lebih sekadar ambil pengajaran sahaja.

 

Khuzaimah terlibat perang badar dan semua perang bersama dengan Nabi.

 

Semasa tercetus perang Siffin, dia berpihak kepada Ali. Demikian juga ketika tercertus perang perang Jamal tetapi dia tidak mengangkat senjata.

 

Semasa perang Siffin tercertus, dia tidak mengangkat senjata. Namun, semasa tengah perang kecamuk, dia nampak Ammar bin Yasir terbunuh. Melihat itu, dia terus cakap:

 

سمعت رسول الله يقول: "تقتل عماراً الفئة الباغية"

“Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Ammar akan dibunuh oleh kelompok yang bughah”

 

Dengan itu, dia terus hunuskan pedangnya dan berperang sehingga dia terbunuh.

 

Dia satu watak yang cukup disukai oleh syiah kerana dua kisah rekaan syiah berikut;

 

Pertama, semasa Saqifah Bani Sa’adah bahawa semasa Abu Bakar berucap, Khuzaimah menyampuk dengan berkata:

 

يا أبا بكر، ألست تعلم أنّ رسول الله قبل شهادتي وحدي ولم يرد معي غيري؟ قال: نعم، قال: فأشهد بالله أنّي سمعت رسول الله يقول: أهل بيتي يفرقون بين الحقّ والباطل، وهم الأئمّة الذين يُقتدى بهم

“Wahai Abu Bakar, Apakah kamu tahu bahawa Rasulullah terima saksi aku seorang tanpa perlu kepada orang lain.

 

Abu Bakar kata: benar.

 

Khuzaimah berkata: aku bersaksi dengan Allah bahawa aku dengar Rasulullah saw berkata: ahli bait aku adalah kelompok yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka adalah para pemimpin yang perlu diikuti mereka”

 

Kisah ini ada dalam kitab al-Khisal, tulisan seorang ulama syiah Isna ‘Asyariyyah dari Iran bernama Abu Jaa’far Muhammad bin ‘Ali bin Babawaih al-Qummi.

 

Kedua, kisah Ghadir Kum yang kononnnya di situ Saidina Ali dilantik menjadi khalifah oleh Nabi bahawa Khuzaimah terlibat sama (18Zulhijjah 10H); iaitu berlaku di tempat antara MEKAH dan MADINAH yang bernama JUHFAH.

 

Kisah ini juga palsu, rekaan dari puak-puak syiah.

 

Walaubagaimana pun, didapati dalam enam buah kitab hadis ahl al-Sunnah itu, hanya imam al-Bukhari sahaja tidak meriwayatkan hadisnya.

No comments:

Post a Comment