HISHAM BIN URWAH (61H-146H)
هِشَامِ بْنِ
عُرْوَةَ
Dia adalah cucu kepada Sahabat Nabi yang terkenal,
iaitu al-Zubair bin al-Awwam. Dengan kata lain, dia adalah anak saudara kepada
sahabat Nabi yang bernama ABDULLAH BIN ZUBAIR.
Bapanya adalah URWAH BIN AL-ZUBAIR adalah perawi yang
paling banyak riwayatkan hadis Aisyah. Dan dia mendengar hadis juga dari
bapanya.
Isterinya adalah FATIMAH BINTI AL-MUNZIR BIN
AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM, yang asalnya adalah sepupunya sendiri.
Hisham terkenal dengan alim dalam bidang fiqh dan
hadis. semasa dia kecil, Ibn Umar pernah usap kepalanya dan mendoakan
kepadanya.
Dia dilahirkan di Madinah serta banyak masa di situ.
Selepas itu, dia berhijrah ke Baghdad dan meninggal dunia di situ.
Khalifah Abu Ja’far al-Mansur antara
yang solat jenazahnya.
Dia dikebumikan di tanah perkuburan
AL-KHIZRAN (tempat itu dinamakan al-Khizran kerana sempena kepada nama isteri
kepada ibu kepada Khalifah Harun al-Rashid bernama AL-KHIZRAN BINTI ‘ATA’
yang berada di kota الأعظمية iaitu kota yang dinisbahkan kepada Imam
Abu Hanifah yang dia dikebumikan di situ)
Terdapat beberapa TAJRIH terhadapnya adalah seperti
berikut;
Kata Yaaqub bin Syaibah, dia siqah dan diterima
riwayatnya kecuali selepas dia berhijrah ke Iraq. Antaranya selelepas hijrah,
dia selalu mursalkan hadis dari bapanya.
Imam Malik tidak ambil hadis dia andai yang
ambil dari dia itu adalah penduduk Iraq. Kata Imam Malik lagi, dia ke Kufah
sebanyak tiga kali. Semenjak di sana, dia selalu cakap “TELAH MENCERITAKAN
KEPADAKU BAPAKU” dan “AKU MENDENGAR AISYAH”. Pada kali ke-2, dia kata: “TELAH
MENGKHABARKAN KEPADAKU BAPAKU, DARIPADA AISYAH” Pergi pada kali ke-3: “BAPAKU
DARIPADA AISYAH” (mursal dari bapanya)
Al-Zahabi juga kata, semasa umurnya tua,
hafalannya semakin teruk.
Dalam erti kata lain, dia adalah perawi
ikhtilat yang batasan riwayatnya tidak boleh diterima semenjak dia hijrah ke
Baghdad.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi
siqah lagi sahih. Namun, riwayatnya tidak diterima jika hadis yang dia
riwayatkan itu semasa dia berada di baghdad.
No comments:
Post a Comment