ABU ZUR’AH BIN AMRU BIN JARIR BIN ABDULLAH AL-BAJALI (91H)
أَبو زُرْعَةَ بن عمرو بن
جرير بن عبدالله البجلي
Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak mendakwa,
nama sebenarnya adalah HARAM هرم. Ada pula kata, ABDULLAH AL-KUFI.
Atuknya adalah sahabat Nabi, iaitu JARIR BIN ABDILLAH
AL-BAJALI. Dia sempat melihat saidina Ali (23SH-40H)
Abu Hatim al-Razi kata, dia Majhul. Tetapi di tempat
lain pula kata, dia siqah.
Antara ulama yang anggap dia siqah adalah ABU HATIM
BIN HABBAN AL-BASTI, IBN HAJAR AL-ASQALANI, IBN ABD AL-BAR, AL-ASBAHANI dan
YAHYA BIN MA’IN. ABDUL RAHMAN BIN YUSUF BIN KHARRASH kata, dia soduq siqah.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang
tabiin besar yang diakui ramai ulama hadis sebagai siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment