ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN ‘ALI BIN AL-HUSSAIN BIN ALI BIN ABI TALIB AL-HASHIMI AL-BAQIR AL-MADANI (57H-120H)
أَبو جَعْفَرٍ محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب الهاشمي الباقر
المدني
Dia dikenali dengan panggilan MUHAMMAD AL-BAQIR. Dalam
kalangan syiah Imamiyyah dan Ismailiyyah, anggap dia sebagai imam ke-5, serta
salah seorang imam ma’sum dan ahl al-Bait.
Dia digelar kalangan syiah sebagai AL-BAQIR kerana
dianggap keilmuannya luas serta terserlah. Menurut orang syiah, gelaran itu
kerana merujuk kepada satu hadis syiah berikut;
يا جابر، إنّك ستبقى حتّى تلقى ولدي محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي
طالب، المعروف في التوراة بالباقر. فإذا لقيته فأقرئه منّي السلام
“Wahai Jabir, Sesungguhnya kamu akan hidup sehingga
kamu berjumpa dengan anak cucu aku yang bernama MUHAMMAD BIN ALI BIN AL-HUSAIN
BIN ALI BIN ABI TALIB yang namanya terkenal dalam TAURAT, iaitu AL-BAQIR.
Apabila kamu berjumpa dengannya, maka sampaikan salamku kepadanya” (Muhammad
al-Risyhuri, mizan al-Hikmah, jld 1, hlm 126)
Bapanya dipanggilan dengan panggilan ALI BIN AL-HUSAIN
AL-SAJJAD dan ALI ZAINUL ABIDIN. Ibunya bernama FATIMAH BINTI AL-HASAN BIN ALI
BIN ABI TALIB.
Dilahirkan di
Madinah—dikatakan 4 tahun sebelum berlaku kejadian KARBALA (61H). Dia meninggal
di Madinah.
Dia sempat dengan
atuknya, Saidina al-Husain selama 4 tahun. Serta sempat dengan ayahnya, ALI
ZAINUL ABIDIN selama 39 tahun.
Dia berkahwin
dengan dua orang isteri, iaitu UMMU FARWAH BINTI AL-QASIM dan UMMU HAKIM BIN
ASID BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-AKHNAS BIN SYURAIQ AL-SAQAFI.
Dia adalah siqah
dan sahih. Namun, Ahmad berpesan bahawa andai ada dakwaan mengatakan dia ambil
hadis dari UMMU SALAMAH, itu adalah dakwaan yang tidak benar.
Dia adalah Rijal
Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Dalam al-Bukhari, ada
disebut namanya secara ta’liq sahaja.
No comments:
Post a Comment