Monday, April 4, 2022

SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

 SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

شَرِيكٌ ابن عبدالله

 

Nama penuhnya adalah SYARIK BIN ABDULLAH BIN AL-HARIS AL-NAKHASIE AL-KUFI.

 

Ada dakwaan mengatakan, nama sebenarnya adalah AUS BIN AL-HARIS AL-NAKHAIE yang digelar dengan ABU ABDULLAH AL-KUFI.

 

Pada tahun 153 hijrah, dia dilantik jadi Qadhi di era pemerintahan Abu Ja’far ABDULLAH AL-MANSUR BIN MUHAMMAD, iaitu khalifah ke-10 selepas nabi, atau khalifah ke-2 di era Abbasiyyah; dia adalah orang yang membangunkan daulah abbasiyyah. Namun, dia digugurkan selepas itu.

 

Pada era khalifah Abbasiyyah ke-3, AL-MAHDI BILLAH, MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-MANSUR, dia dilantik pula. Namun, digugurkan pula oleh MUSA AL-HADI BIN ABU ABDILLAH MUHAMMAD AL-MAHDI BIN ABU JA’FAR ABDULLAH AL-MANSUR, khalifah ke-4 Abbasiyyah.

 

Dia diakui siqah oleh al-‘Ijli, Ibrahim al-Harbi dan Ibn Ma’in. Cuma, Ibn Ma’in kata, dia siqah soduq yang ada buat silap. Apabila dia menyalahi orang lain, pendapat orang lain lebih disukai.

 

Ibn Sa’ad kata, dia siqah dan ma’mun dan banyak meriwayatkan hadis. Tetapi, dia ada buat silap. Perkara yang sama ditegaskan oleh Abu Zur’ah. Ibrahim bin Sa’ad kata, dia ada silap sebanyak 400 hadis.

 

Ibn Hibban pula kata, pada akhir umurnya dia ada buat buat silap, iaitu berlaku ikhtilat.Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dia ikhtilat itu berlaku semenjak dia menjadi Qadhi di Kufah.

 

Riwayat dia semasa dia muda, tidak berlaku ikhtilat. Tetapi, orang di kufah yang ambil hadis dengan dia; ketika itu, dia sudah ikhtilat, yang banyak waham dalam periwayatannya. Dengan itu, al-Nasaie kata, dia tidak kuat. Yaaqub bin Sufyan kata, dia siqah tetapi hafalannya buruk. Al-Azdi kata, dia cenderung kepada melampau dalam mazhab, buruk hafalan dan mudhtarib hadis.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya ada dalam muslim pun sekadar mutaba-ah sahaja. Didapati namanya tidak ada ada riwayat al-Bukhari.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih dan diterima riwayatnya sebelum dia ikhtilat. Iaitu, riwayatnya diterima semasa dia di wasit. Tetapi, tidak diterima semenjak dia menjadi qadhi di Kufah.

No comments:

Post a Comment