KHALAF BIN HISHAM AL-MUQRI’ (150H-229H)
خَلَفُ بْنُ
هِشَامٍ الْمُقْرِئُ
Ulama kelahiran kufah dan meninggal di Baghdad ini, nama
penuhnya adalah KHALAF BIN HISHAM BIN SA’LABAH AL-MUQRI’. Ada orang kata,
namanya KHALAF BIN HISHAM BIN TALIB BIN GHARAB. Dia digelar ABU MUHAMMAD
AL-BAZZAR AL-BAGHDADI.
Khilaf dalam kalangan ulama berkenaan dengan gelaran
AL-MUQRI’ المقرئ. Ada kata, ia nisbah kepada salah satu kampung di Damsyiq,
iaitu kampung AL-MUQRA’. Al-Sam’ani kata, ia adalah nisbah kepada dia sebagai
seorang guru tajwid al-Quran yang terkenal.
Dia adalah salah seorang imam dalam qiraat sepuluh.
Dia juga adalah guru Muslim, Abi Daud dan Ahmad.
Dia salah seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment