‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH (131H)
عَطَاءِ بْنِ
أَبِي مَيْمُونَةَ
Ulama basrah ini, nama sebenarnya adalah ‘ATA’ BIN
MUNI’ yang digelar dengan ABU MUAZ MUNI’ AL-BASRI.
Dikatakan bahawa dia adalah bekas hamba kepada Anas
bin Malik. Ada pula pihak lain kata, dia adalah bekas hamba kepada Imran bin
Husoin.
Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in, al-Nasaie dan Abu
Zur’ah. Namun, Abu Hatim pula kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Ibn ‘Adi
pula kata, banyak hadis-hadis yang dia riwayatkan itu mungkar.
Imam al-Bukhari dan ramai lagi seperti Ahmad bin
Hanbal, al-nasaie, al-Jili, al-Juzjani, al-Asqalani, al-Juhadhmi, al-Waqidi,
al-Qattan dan ibn Main anggap bahawa dia seorang berfahaman Qadariyyah. Bahkan
Abu Ishaq al-Juzjani kata, dia salah seorang ketua Qadariyyah.
Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud,
al-Nasaie dan Ibn Majah. Hanya imam tarmizi sahaja tidak riwayatkan hadisnya.
Dia adalah perawi siqah yang hasan.
No comments:
Post a Comment