IBRAHIM BIN JARIR
Ulama Kufah ini adalah anak kepada sahabat Nabi
terkenal, iaitu Jarir bin Abdullah al-Bajali.
Walaupun dia adalah anak sahabat tersebut, tetapi dia
tidak mendengar hadis dari bapanya. Hal ini kerana, bapanya meninggal dunia
ketika dia masih kecil lagi.
Dengan sebab itu, Ibn Ma’in kata, dia tidak
dengar hadis dari bapanya, walhal ada hadis tertentu yang dia riwayatkan dari
bapanya secara عنعنة.
Bahkan, terdapat juga bahawa dia riwayatkan hadis dari bapanya secara التحديث, tetapi kata ibn Hajar, hadis itu mesti dari jalur DAUD BIN
ABDUL JABBAR. Daud adalah seorang pendusta hadis. Ada sebilangan kata, dia doif.
Dia adalah rijal Abu Daud, al-nasaie dan Ibn
Majah. Ibn Qattan bahawa dia Majhul al-Hal. Dengan ini, hadis
riwayatnya ditolak kecuali ada mutaba-ah atau syawahid.
No comments:
Post a Comment