SAHABAT: ABDULLAH BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR. (4H-63H)
عَبْدَ اللَّهِ
بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ
Sahabat kecil. Dia pernah nampak nabi saw tawaf naik unta semasa tawaf keliling
kaabah. Semasa
Nabi saw wafat, umurnya baru 7 tahun. Dia
dari keturunan AUS, penduduk Madinah.
Nama bapanya: HANZALAH BIN ABI AMIR adalah sahabat yang terkenal dengan
gelaranالغسيل , iaitu Kisah dimandikan
malaikat kerana semasa dia pergi perang, dia belum mandi junub—syahid dalam
medan Uhud.
Ibunya, JAMILAH BINTI ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL.
Dalam Kitab Asad al-Ghabah, ada diceritakan bahawa malam perang Uhud,
HANZALAH setubuhi JAMILAH. Keesokannya—subuh, HANZALAH terus pergi perang. Semasa
tengah perang, JAMILAH maklumkan kepada empat orang dari kaumnya sebagai saksi
bahawa dia telah disetubuhi suaminya. Mereka tanya, kenapa bagitahu? Dia jawab:
dia bermimpi bahawa dia nampak langit terbelah, dan dia nampak suaminya naik ke
langit; tingkat demi tingkat. Dia kata, itu bukti suaminya syahid dalam medan
Uhud. Anak yang dia lahirkan hasil setubuh itu adalah ABDULLAH BIN HANZALAH.
Dia adalah ketua ANSAR MADINAH semasa revolusi terhadap YAZID yang
dikenali MA’RAKAH AL-HARRAH.
Dia mati dalam medan perang AL-HURRAH tahun 63H, iaitu peperangan
antara penduduk Madinah dengan Yazid bin Muawiyyah dan kelompok Umawiyin. Dia
dibunuh oleh penduduk SYAM.
Perang itu, asalnya penduduk Madinah berjumpa dengan YAZID di Damsyiq.
Apabila penduduk Madinah itu pulang ke Madinah, ABDULLAH BIN HANZALAH
berkhutbah; dia berkata bahawa YAZID adalah seorang peminum arak serta tidak
solat ekoran mabuk arak itu. Tambahan pula, YAZID dikatakan terlibat dalam
tragedy KARBALA yang menyebabkan kematian HUSAIN.
Semua ini menjadi polimik di Madinah sehingga sampai ada ucapan dalam
masjid Nabi. Dengan itu, ABDULLAH BIN ZUBAIR isytihar perang terhadap YAZID
untuk mengugurkan dia dari jawatan Khalifah, serta mahu mengugurkan jawatan
GABENOR MADINAH bernama OSMAN BIN MUHAMMAD BIN ABI SUFYAN dengan menggantikan
dengan ABDULLAH BIN HANZALAH.
Apabila YAZID dapat tahu, maka dilantik MUSLIM BIN UQBAH AL-MURRI untuk
mengepalai serangan terhadap penduduk madinah itu sehingga tercetus perang AL-HARRAH.
No comments:
Post a Comment