SAHABAT: KHADIJAH BINTI KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD AL-‘UZZA (68SH-3SH)
خَدِيجَةُ
بِنْتُ خُوَيْلِدِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ الْعُزَّى
Isteri pertama Nabi saw dan ibu kepada anak-anak Nabi
saw kecuali Ibrahim sahaja. Dia adalah wanita pertama yang beriman dengan Nabi.
Dia meninggal di Mekah dan dikebumikan di kubur Ma’la (dibaca juga: Mu’alla)
Kelebihan Khadijah sehingga Nabi saw berkata:
خَيْرُ نِسَاءٍ
الْعَالَمِينَ: مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ، وَخَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ،
وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وآسية امرأة
فرعون
“Sebaik-baik perempuan dalam alam ini adalah Maryam
bin Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhamad dan Asiah isteri Firaun”
(Sahih ibn hibban, hadis no: 6951—daripada Anas bin Malik)
Dalam hadis yang lain, dijelaskan bahawa Allah dan Jibril
kirim salam kepada Khadijah:
أَتَى
جِبْرِيلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ، أَوْ طَعَامٌ
أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنْ
رَبِّهَا وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لاَ صَخَبَ
فِيهِ، وَلاَ نَصَبَ
"Wahai
Rasulullah, Ini Khadijah, datang membawa bejana berisi lauk pauk atau makanan atau
minuman. Apabila nanti dia sudah menjumpaimu, sampaikan salam
dari Rabb-nya dan dariku dan berilah khabar gembira kepadanya dengan rumah di syurga
yang terbuat dari mutiara yang isinya tidak ada suara hiruk pikuk dan
kelelahan". (al-Bukhari, hadis no: 3820)
Semasa
dia berkahwin dengan Nabi, wali yang menikahkannya adalah AMRU BIN KHUWAILID
yang merupakan adik beradiknya.
No comments:
Post a Comment