MUAWIYAH BIN HISHAM (205H)
مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ
Ulama kufah ini, nama penuhnya adalah MUAWIYAH BIN
HISHAM BIN ABDUL MALIK AL-AZDI. Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-QASSAR
AL-KUFI.
Dia adalah guru kepada Abi Bakar bin Abi Syaibah,
Osman bin Abi Syaibah dan Ahmad bin Hanbal.
Dalam pada itu, terdapat sebilangan kecil dari
kalangan ulama anggap dia doif, seperti al-Daraqutni dan al-Baihaqi.
Ada pula dakwa bahawa dia banyak buat silap, seperti
kata Ahmad bin Hanbal. Dan ada juga kata bahawa dia ada waham, seperti kata
al-Saji dan al-Asqalani. Ada pula kata, dia tidak boleh dibuat hujah, seperti
kata Osman bin Abi Syaibah.
Rata-rata ulama anggap dia siqah sepertimana kata ABu
Daud dan Ibn Hibban. Namun begitu, dalam pada ada orang anggap dia siqah,
mereka tidak nafikan bahawa dia dibawah katagori SODUQ yang berlaku waham.
Dia ada Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie
dan Ibn Majah. Namanya tidak terdapat dalam perawi al-Bukhari. Dia adalah
perawi siqah yang hasan.
No comments:
Post a Comment