IBRAHIM BIN SA’AD (113H-185H)
إِبْرَاهِيمُ
بْنُ سَعْدٍ
Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN SA’AD BIN IBRAHIM BIN
ABD AL-RAHMAN BIN AUF AL-ZUHRI. bermakna, dia adalah cucu kepada sahabat nabi terkenal,
iaitu Abdul Rahman bin Auf. Dia dipanggil sebagai Abu Ishaq. Pernah sampai Madinah
dan Baghdad dan meninggal di kota Baghdad.
Ada dakwaan, semasa di Baghdad dia menjadi
Qadhi. Al-Khatib kata, dia menjadi Qadhi semasa di Madinah. di Baghdad pula, Abu
Daud pula kata, dia jadi wali Baitul mal.
Menurut al-Zahabi, dia adalah ulama yang
berhujah mengatakan bahawa muzik tidak diharam.
Abdullah bin Sa’id bin Kathir pernah tanya
hukum muzik. Dia jawab: halal.
Waki’ tidak memberi komen terhadap
Ibrahim bin Sa’ad. Apabila ditanya, Waki’ jawab: aku tidak tahu dia siqah atau
tidak.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang
perawi siqah lagi sahih.
***
[] IBRAHIM BIN SAAD BIN IBRAHIM
BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF @ ABU ISHAQ AL-MADANI (108H – 183H[1])
[] dia tinggal di Baghdad. Abu Daud
kata, dia menjadi penjaga baitul Mal di Baghdad[2].
Amin al-Harari kata, dia qadhi di Baghdad[3].
[] KHATIB kata dalam TARIKH
BAGHDAD bahawa dia masuk ke baghdad tahun 84 hijrah. Dia dimuliakan oleh
AL-RASHID[4].
[] KHATIB ada bercerita bahawa
dia mengharuskan muzik dengan kayu. Dia menjadi Wali di Madinah.
[] ibn Uyaynah ada bercerita
bahawa dia berada di sisi IBN SYIHAB. Tiba-tiba datang IBRAHIM BIN SAAD. Ibn
Uyaynah muliakan dan hormat IBRAHIM secara berkata: Saad telah memberi pesanan
kepadaku berkenaan anaknya[5].
[] Dia rijal Kutub sittah[6].
[] AL-BUKHARI kata, pada
zamannya, dia adalah orang yang paling banyak riwayat hadis dari kalangan
penduduk Madinah.
[] KOMENTAR
A.
Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN
MAIN, AL-IJLI dan ABU HATIM[7].
B.
IBN ADI kata, dia dari kalangan
orang siqah. Jemaah imam ambil hadis darinya. Tanpa ada seorang pun berbeza
pendapat berkenaan kitabahnya. Orang yang mempersoalkannya ada keraguan. Dia
ada riwayatkan hadis-hadis yang soleh, mustaqim dari Zuhri dan sebagianya[8].
C.
AHMAD kata, dia Mustaqimah[9].
D.
Abu Hatim kata, dia[10]
ليس به بأس
E.
Pada peringkat awal, WAKI’ tidak
ambil hadisnya. Tetapi, ambil selepas itu[11].
F.
IBN MAIN kata, dia siqah, hujah.
Aku lebih suka Ibrahim berbanding IBN ABI ZI’B berkenaan hadis al-Zuhri.
Ibrahim lebih sabat berbanding al-Walid bin Kathir dan Ibn Ishaq.
G.
IBN MAIN kata, dia siqah[12].
H.
SOLEH JAZARI kata, hadisnya ambil
dari ZUHRI tidak ada faedah. Hal ini kerana, semasa dia dengar hadis dari
ZUHRI, dia masih kecil[13].
I.
IBN KHARRASH kata, dia soduq[14].
[1] Pendapat Ibn saad, ibn al-Madini, khalifah dan Ibn Abi Khaisamah.
Masyariq:1/197 | menurut Amin al-Harari, dia meninggal tahun 185 hijrah.
(Mursyid:1/91)
[2] Masyariq:1/196
[3] Mursyid:1/91
[4] Masyariq:1/196
[5] Masyariq:1/197
[6] Masyariq:1/197
[7] Masyariq:1/196 | Mursyid:1/91
[8] Masyariq:1/196
[9] Masyariq:1/196
[10] Masyariq:1/196
[11] Masyariq:1/196
[12] Masyariq:1/196
[13] Masyariq:1/196
[14] Masyariq:1/196
[15] Masyariq:1/196
No comments:
Post a Comment