SAHABAT: UMAR BIN AL-KHATTAB (40SH-23H)
عمر بن الخطاب
Khalifah islam ke-2
ini, dilahirkan 27 tahun (ada kata: 30 tahun) sebelum Kenabian. Dia memeluk
Islam tahun ke-5 Kenabian.
KISAH KEISLAMAN
Dia masuk Islam ketika
mendengar berita bahawa adiknya, Fatimah dan adik iparnya, SAID BIN ZAID sudah
memeluk Islam.
Semasa dia sampai ke
rumah adik dan adik ipar, di situ ada sahabat Nabi bernama KHABBAB.
Ketika Saidina Umar
sampai, mereka sedang membaca al-Quran. Umar masuk secara mengejut. Dia pun
berkata: apa yang kamu baca yang aku dengar tadi?
Khabbab berkata:
mereka membaca Taha.
Sa’ad bin Zaid berkata
pula: apa pandangan kamu wahai Umar, jika kebenaran itu bukan pada agama kamu?
Umar marah lalu
menumbuk adik iparnya itu. Lalu datang adik perempuannya menghalang abangnya
yang memukul suaminya. Lalu umar memukul pula kepada adiknya.
Adiknya itu bercakap
dalam keadaan marah: Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah. aku bersaksi
bahawa Muhammad adalah utusan Allah.
Apabila Umar mendengar
itu, umar terdiam. Dia seakan-akan terkejut. Dia pun berkata: berikan kepadaku
kitab yang ada pada kamu”.
Fatimah menjawab: kamu
adalah najis. Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali yang disucikan”.
Menurut sebilangan
riwayat kata, Umar bangun mandi, berwuduk dan datang semula mengambil al-Quran
seraya membaca surah taha dari awal sehingga sampai ayat:
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا
أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (14)
Ada riwayat lain kata,
dia baca surah al-Hadid, dia baca sampai kepada ayat:
آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا
مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ
وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ (7)
Kemudian, dia minta
agar dia dibawa kepada Nabi Muhammad saw.
Apabila dia di bawa
keluar dari rumah Fatimah dan Sa’ad bin Zaid, Khabbab yang ada di luar rumah
itu nampak dan berkata bahawa semalam dia mendenga Rasulullah saw bersabda:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلَامَ بِأَحَبِّ
هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ»
قَالَ: وَكَانَ أَحَبَّهُمَا إِلَيْهِ عُمَر
“Ya Allah, muliakan
Islam dengan yang lebih Engkau kasihi dari dua orang lelaki ini—Abu Jahal atau
Umar bin al-Khattab. Berkata: antara dua ini yang paling Allah kasihi adalah
Umar” (al-Tarmizi, hadis no: 3681)
Saidina
Umar kata kepada Khabbab: bawakan aku kepada Muhammad saw.
Apabila
sampai di tempat Nabi Muhammad, ketika itu di rumah tersebut ada Saidina
Hamzah. Saidina Hamzah berkata: “jika dia datang dengan tujuan baik, kita akan
akan sambut dia sepenuh hati. Jika dia bertujuan jahat, kita akan bunuh dia
dengan pedangnya sendiri”
Apabila
dia masuk, dia perhati tajam pada Nabi saw. Lalu Nabi saw bertanya: apa tujuan
kamu datang, Wahai ibn Khattab. Aku tidak nampak kecuali kamu datang dengan membawakan
sesuatu yang berbahagia.
Kata
Saidina Umar: aku datang kepada kamu untuk aku beriman kepada Allah.
Dengan
kemasukan Saidina Umar ke dalam islam, Ibn Mas’ud kata:
كان اسلام عمر فتحا وهجرته نصرا وإمارته
رحمة, ولقد كنا وما نصلي عند الكعبة حتي أسلم عمر
“Islam saidina Umar itu adalah kemenangan, hijrahnya itu satu
pertolongan. Kepimpinannya adalah rahmat. Sebelum ini, kami tidak dapat
tunaikan solat di samping kaabah sehingga Umar memeluk Islam.
KELEBIHAN UMAR:
Menurut Ibn Abbas:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ، قَالَ: " لَمَّا أَسْلَمَ عُمَرُ، نَزَلَ جِبْرِيلُ فَقَالَ: يَا
مُحَمَّدُ، لَقَدِ اسْتَبْشَرَ أَهْلُ السَّمَاءِ بِإِسْلَامِ عُمَرَ"
“ketika Umar memeluk Islam, Jibril turun dan berkata: Wahai Muhammad,
penduduk langit memberi khabar gembira berkenaan keislaman Umar” (Ibn Majah,
hadis no: 103—doif jiddan. Sahih Ibn Hibban, hadis no: 6883)
Antara ijtihad omar yang selaras dengan wahyu:
Pertama, Saidina Umar yang mula-mula mencadangkan agar maqam Ibrahim dijadikan
sebagai tempat solat.
Tidak lama kemudian, turun firman Allah;
وَإِذْ
جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ
إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ
طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ (125) –
البقرة
“Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat
tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan
jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan
kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah
Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk
orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal
padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud"
Kedua, Saidina Umar melihat ramai orang datang berjumpa dengan Isteri
Nabi. Justeru, untuk hindari dari sebarang fitnah, dia telah mencadangkan agar
para isteri nabi pakai hijab.
Tidak lama kemudian, turun firman Allah;
وَإِذَا
سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ
أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ
اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ
كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا (53) – الأحزاب
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri
Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih
suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti
Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat
selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya
di sisi Allah”
Ketiga, ada suatu hari ada beberapa tindakan para Isteri Nabi
menyebabkan Nabi saw merajuk. Melihat keadaan itu, Saidina Umar ugut agar Nabi
saw ceraikan para isteri nabi dan nabi kahwin dengan perempuan yang lebih baik.
Tidak lama kemudian, turun firman Allah:
عَسَى رَبُّهُ
إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ
مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا
(5) – الطلاق
“Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan
baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah,
yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang
berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara”
Keempat, selepas dari perang badar, Nabi saw bertanya pendapat Abu Bakar
berkenaan tawanan perang. Abu Bakar mencadangkan agar tawanan itu dibayar
tebus.
Apabila Nabi saw bertanya pendapat Saidina Umar, dia mencadangkan agar
dibunuh sahaja tawanan perang tersebut.
Nabi memilih pendapat Saidina Abu Bakar, tetapi tidak lama kemudian
turun ayat yang berpihak dengan pendapat saidina Umar. firman Allah;
مَا كَانَ
لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ
عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (67) –
الأنفال
“Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan
sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki
harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu
pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
PEMBUNUHAN TERHADAP UMAR
Saidina Umar menjadi khalifah selama 10 tahun lebih, iaitu bermula dari
tahun 13 Hijrah sehingga 23 Hijrah.
Dia dibunuh pada tahun 23 Hijrah, iaitu ditikam oleh Abu Lu’lu’ah.
Abu lu’lu’ah tikam Saidina Umar semasa solat subuh. Selepas dia tikam saidina
Umar, dia turut tikam pula 13 orang yang berada di keliling saidina Umar. 7
orang dari kalangan mereka meninggal dunia. Selepas itu, ia tikam dirinya
sendiri sampai dia mati.
Selepas Umar ditikam, dia tanya: mana Abdul Rahman bin Auf. Minta dia
jadi imam solat Jemaah.
Kemudian, dia bertanya kepada anaknya, Abdullah bin Umar: Siapa yang
mahu membunuh aku?
Jawab Abdullah: Abu Lu’lu’ah.
Apabila Saidina Umar dengar itu, dia kata: Alhamdulillah yang tidak
jadikan aku dibunuh pada tangan orang yang mengucap “la ilaha Illa Allah”.
Umar kata begitu, kerana Abu Lu’lu’ah adalah seorang majusi atau Nasrani.
No comments:
Post a Comment