ABDULLAH BIN YAHYA
AL-TAW-AM
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَحْيَى
التَّوْأَمُ
Ada orang kata, namanya UBBAD atau UBADAH BIN SULAIMAN
AL-SAQAFI. Digelar dengan panggilan ABU YA’QUB AL-BASRI.
Disebut التَّوْأَمُ
dikatakan bahawa dia ada adik beradik kembar.
Dia dianggap doif oleh Ibn Ma’in dan al-‘Uqaili.
Al-Nasaie pula, ada ketika menyebut dia doif dan ada ketika lain kata dia
soleh.
Walaubagaimana pun, Ibn Habban yang terkenal dengan
TASAHUL menganggap bahawa dia siqah.
Dia adalah Rijal Abi Daud dan Ibn Majah. Dia dianggap
ramai ulama sebagai MAJHUL, tetapi dibantah kerana terdapat empat orang perawi
siqah ambil hadis darinya, iaitu ABU OSAMAH, QUTAIBAH, KHALAF BIN HISHAM dan Al-Lais
bin Sa’ad.
No comments:
Post a Comment