Monday, April 25, 2022

‘ANBASAH BIN ABD AL-WAHID

 ‘ANBASAH BIN ABD AL-WAHID

عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ

 

Nama penuhnya adalah ‘AMBASAH BIN ABD AL-WAHID BIN UMAYYAH BIN ABDULLAH BIN SA’ID AL-KUFI. Dia dipanggil dengan ABU KHALID.

 

Dia berasal dar Ray (iran) dan pernah menjadi qadhi di sana. Namun, dia telah berhijrah ke Kufah.

 

Dia adalah rijal Abu Daud. Tidak didapati namanya disebut dalam kitab lain kecuali dalam sahih al-Bukhari; itupun secara ta’liq sahaja. Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in dan Abu Zur’ah, bahkan dia adalah perawi sahih.

GHAILAN BIN JARIR AL-MU’AWWIL AL-AZDI AL-BASRI (129H)

 GHAILAN BIN JARIR AL-MU’AWWIL AL-AZDI AL-BASRI (129H)

 غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ المعول الأزدي البصري

 

Dia adalah tabiin yang berasal dari Basrah. Digelar المعول yang dibaca dengan AL-MU’AWWIL kerana nisbah di suatu tempat di al-Azd (Yaman) yang merupakan asal keturunannya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

SULAIMAN BIN DAUD AL-‘ATAKIY (234H)

  SULAIMAN BIN DAUD AL-‘ATAKIY (234H)

 سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ

 

Gelarannya adalah ABU AL-RABI’ AL-BASRI AL-ZAHRANI.

 

Dinisbahkan kepada AL-‘ATAKI kerana merujuk kepada satu etnik dari keluarga arab al-Azd di Yaman.

 

Dia tinggal di Baghdad dan meninggal dunia di Basrah. Dia adalah Guru Imam al-Bukhari, Abi Daud dan al-nasaie, serta rijal al-Tarmizi dan ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

Sunday, April 24, 2022

SAHABAT: KHADIJAH BINTI KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD AL-‘UZZA (68SH-3SH)

 SAHABAT: KHADIJAH BINTI KHUWAILID BIN ASAD BIN ABD AL-‘UZZA (68SH-3SH)

خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِ الْعُزَّى

 

Isteri pertama Nabi saw dan ibu kepada anak-anak Nabi saw kecuali Ibrahim sahaja. Dia adalah wanita pertama yang beriman dengan Nabi. Dia meninggal di Mekah dan dikebumikan di kubur Ma’la (dibaca juga: Mu’alla)

 

Kelebihan Khadijah sehingga Nabi saw berkata:

 

خَيْرُ نِسَاءٍ الْعَالَمِينَ: مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ، وَخَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ، وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وآسية امرأة فرعون

“Sebaik-baik perempuan dalam alam ini adalah Maryam bin Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhamad dan Asiah isteri Firaun” (Sahih ibn hibban, hadis no: 6951—daripada Anas bin Malik)

 

Dalam hadis yang lain, dijelaskan bahawa Allah dan Jibril kirim salam kepada Khadijah:

 

أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ: هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ، أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنْ رَبِّهَا وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لاَ صَخَبَ فِيهِ، وَلاَ نَصَبَ

"Wahai Rasulullah, Ini Khadijah, datang membawa bejana berisi lauk pauk atau makanan atau minuman. Apabila nanti dia sudah menjumpaimu, sampaikan salam dari Rabb-nya dan dariku dan berilah khabar gembira kepadanya dengan rumah di syurga yang terbuat dari mutiara yang isinya tidak ada suara hiruk pikuk dan kelelahan". (al-Bukhari, hadis no: 3820)

 

Semasa dia berkahwin dengan Nabi, wali yang menikahkannya adalah AMRU BIN KHUWAILID yang merupakan adik beradiknya.

 

UQAIL BIN KHALID AL-ILI (144H)

 UQAIL BIN KHALID AL-ILI (144H)

عُقَيْلٍ بن خالد الإيلي

 

Ulama mesir ini adalah bekas hamba kepada kelurga Saidina Osman bin Affan. Dia meninggal di Fustot (kota kaherah lama—mesir). Dia dipanggil sebagai ABU KHALID AL-ILI AL-UWAMI.

 

Hampir semua ulama anggap dia siqah, dan ada sebilangan anggap dia sekadar SODUQ, dan Yahya bin Sa’id al-Ansari pula, seakan-akan menganggap dia doif. Dan dia tafarrud hanya dari al-Zuhri sahaja.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi yang siqah lagi sahih.

Monday, April 18, 2022

SAHABAT: ABDULLAH BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR (4H-63H)

 SAHABAT: ABDULLAH BIN HANZALAH BIN ABI ‘AMIR. (4H-63H)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ

 

Sahabat kecil. Dia pernah nampak nabi saw tawaf naik unta semasa tawaf keliling kaabah. Semasa Nabi saw wafat, umurnya baru 7 tahun. Dia dari keturunan AUS, penduduk Madinah.

 

Nama bapanya: HANZALAH BIN ABI AMIR adalah sahabat yang terkenal dengan gelaranالغسيل , iaitu Kisah dimandikan malaikat kerana semasa dia pergi perang, dia belum mandi junub—syahid dalam medan Uhud.

 

Ibunya, JAMILAH BINTI ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL.

 

Dalam Kitab Asad al-Ghabah, ada diceritakan bahawa malam perang Uhud, HANZALAH setubuhi JAMILAH. Keesokannya—subuh, HANZALAH terus pergi perang. Semasa tengah perang, JAMILAH maklumkan kepada empat orang dari kaumnya sebagai saksi bahawa dia telah disetubuhi suaminya. Mereka tanya, kenapa bagitahu? Dia jawab: dia bermimpi bahawa dia nampak langit terbelah, dan dia nampak suaminya naik ke langit; tingkat demi tingkat. Dia kata, itu bukti suaminya syahid dalam medan Uhud. Anak yang dia lahirkan hasil setubuh itu adalah ABDULLAH BIN HANZALAH.

 

Dia adalah ketua ANSAR MADINAH semasa revolusi terhadap YAZID yang dikenali MA’RAKAH AL-HARRAH.

 

Dia mati dalam medan perang AL-HURRAH tahun 63H, iaitu peperangan antara penduduk Madinah dengan Yazid bin Muawiyyah dan kelompok Umawiyin. Dia dibunuh oleh penduduk SYAM.

 

Perang itu, asalnya penduduk Madinah berjumpa dengan YAZID di Damsyiq. Apabila penduduk Madinah itu pulang ke Madinah, ABDULLAH BIN HANZALAH berkhutbah; dia berkata bahawa YAZID adalah seorang peminum arak serta tidak solat ekoran mabuk arak itu. Tambahan pula, YAZID dikatakan terlibat dalam tragedy KARBALA yang menyebabkan kematian HUSAIN.

 

Semua ini menjadi polimik di Madinah sehingga sampai ada ucapan dalam masjid Nabi. Dengan itu, ABDULLAH BIN ZUBAIR isytihar perang terhadap YAZID untuk mengugurkan dia dari jawatan Khalifah, serta mahu mengugurkan jawatan GABENOR MADINAH bernama OSMAN BIN MUHAMMAD BIN ABI SUFYAN dengan menggantikan dengan ABDULLAH BIN HANZALAH.

 

Apabila YAZID dapat tahu, maka dilantik MUSLIM BIN UQBAH AL-MURRI untuk mengepalai serangan terhadap penduduk madinah itu sehingga tercetus perang AL-HARRAH.

SAHABAT: ASMA’ BINTI ZAID BIN AL-KHATTAB AL-‘ADAWIYYAH

 SAHABAT: ASMA’ BINTI ZAID BIN AL-KHATTAB AL-‘ADAWIYYAH

 أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ العدوية

 

 

Dia adalah anak kepada ABANG SAIDINA UMAR, iaitu ZAID BIN AL-KHATTAB (12H-Yamamah).

 

Zaid peluk islam lebih awal berbanding Saidina Umar. bahkan, dia antara yang terlibat hijrah ke Madinah.

 

Semasa di Madinah, dia disaudarakan oleh Nabi dengan MA’AN BIN ‘ADIY.

 

Dia terlibat perang lawan fenomena murtad.

 

Umar amat sayangkan abangnya. Semasa tercetus perang UHUD, Umar kata kepada abangnya: Pakailah baju perang aku ini? Jawab Zaid: aku mati syahid.

 

Apabila Saidina Umar dapat tahu abangnya syahid dalam perang Yamamah, Umar berkata: Abang aku telah mendahului aku dua kebaikan: pertama, dia memeluk islam lebih dahulu dari aku. Kedua, dia telah mati syahid lebih dahulu dari aku.

 

Asma’ antara kalangan sahabiyyah yang semasa Nabi saw wafat, mereka masih belum mumayyiz lagi.

 

Dia meninggal sebelum Abdullah bin Umar (sepupunya) dan dia meninggal di Mekah.

ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR (105H)

 ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR (105H)

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ

 

Gelarannya adalah ABU ABD AL-RAHMAN AL-MADANI. Dia adalah sulung kepada Abdullah bin umar. Ibunya bernama SOFIYAH BINTI ABI UBAID adalah tabiin, sedangkan bapanya adalah sahabat. Dikatakan bahawa semasa ibunya meninggal, bapanya masih hidup lagi. Ibunya itu terkenal dengan seorang ahli ibadat dalam kalangan tabiin. Dia ada seorang lagi adik sebapa bernama UBAIDULLAH yang digelar sebagai ABU BAKAR. Ibu UBAIDULLAH adalah AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN BIN ABI BAKAR AL-SIDDIQ.

  

Dia meninggal di awal pemerintahan Khalifah Hisham bin Abdul Malik.

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud dan al-Nasaie. Tidak dijumpai namanya dalam al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap siqah oleh Waki’, Abu Zur’ah, al-Nasaie, al’Ijli dan Ibn Sa’ad. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat. Dia antara perawi siqah lagi sahih.


IBRAHIM BIN SA’AD (113H-185H)

 IBRAHIM BIN SA’AD (113H-185H)

إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN SA’AD BIN IBRAHIM BIN ABD AL-RAHMAN BIN AUF AL-ZUHRI. bermakna, dia adalah cucu kepada sahabat nabi terkenal, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Dia dipanggil sebagai Abu Ishaq. Pernah sampai Madinah dan Baghdad dan meninggal di kota Baghdad.

 

Ada dakwaan, semasa di Baghdad dia menjadi Qadhi. Al-Khatib kata, dia menjadi Qadhi semasa di Madinah. di Baghdad pula, Abu Daud pula kata, dia jadi wali Baitul mal.

 

Menurut al-Zahabi, dia adalah ulama yang berhujah mengatakan bahawa muzik tidak diharam.

 

Abdullah bin Sa’id bin Kathir pernah tanya hukum muzik. Dia jawab: halal.

  

Waki’ tidak memberi komen terhadap Ibrahim bin Sa’ad. Apabila ditanya, Waki’ jawab: aku tidak tahu dia siqah atau tidak.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang perawi siqah lagi sahih.


*** 

 

[] IBRAHIM BIN SAAD BIN IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF @ ABU ISHAQ AL-MADANI (108H – 183H[1])

 

[] dia tinggal di Baghdad. Abu Daud kata, dia menjadi penjaga baitul Mal di Baghdad[2]. Amin al-Harari kata, dia qadhi di Baghdad[3].

 

[] KHATIB kata dalam TARIKH BAGHDAD bahawa dia masuk ke baghdad tahun 84 hijrah. Dia dimuliakan oleh AL-RASHID[4].

 

[] KHATIB ada bercerita bahawa dia mengharuskan muzik dengan kayu. Dia menjadi Wali di Madinah.

 

[] ibn Uyaynah ada bercerita bahawa dia berada di sisi IBN SYIHAB. Tiba-tiba datang IBRAHIM BIN SAAD. Ibn Uyaynah muliakan dan hormat IBRAHIM secara berkata: Saad telah memberi pesanan kepadaku berkenaan anaknya[5].

 

[] Dia rijal Kutub sittah[6].

 

[] AL-BUKHARI kata, pada zamannya, dia adalah orang yang paling banyak riwayat hadis dari kalangan penduduk Madinah.

 

[] KOMENTAR

A.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, AL-IJLI dan ABU HATIM[7].

B.                  IBN ADI kata, dia dari kalangan orang siqah. Jemaah imam ambil hadis darinya. Tanpa ada seorang pun berbeza pendapat berkenaan kitabahnya. Orang yang mempersoalkannya ada keraguan. Dia ada riwayatkan hadis-hadis yang soleh, mustaqim dari Zuhri dan sebagianya[8].

C.                  AHMAD kata, dia Mustaqimah[9].

D.                 Abu Hatim kata, dia[10] ليس به بأس

E.                  Pada peringkat awal, WAKI’ tidak ambil hadisnya. Tetapi, ambil selepas itu[11].

F.                   IBN MAIN kata, dia siqah, hujah. Aku lebih suka Ibrahim berbanding IBN ABI ZI’B berkenaan hadis al-Zuhri. Ibrahim lebih sabat berbanding al-Walid bin Kathir dan Ibn Ishaq.

G.                 IBN MAIN kata, dia siqah[12].

H.                 SOLEH JAZARI kata, hadisnya ambil dari ZUHRI tidak ada faedah. Hal ini kerana, semasa dia dengar hadis dari ZUHRI, dia masih kecil[13].

I.                    IBN KHARRASH kata, dia soduq[14].

ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hujah. Ada orang berkata berkenaannya tanpa mencela[15].


[1] Pendapat Ibn saad, ibn al-Madini, khalifah dan Ibn Abi Khaisamah. Masyariq:1/197 | menurut Amin al-Harari, dia meninggal tahun 185 hijrah. (Mursyid:1/91)

[2] Masyariq:1/196

[3] Mursyid:1/91

[4] Masyariq:1/196

[5] Masyariq:1/197

[6] Masyariq:1/197

[7] Masyariq:1/196 | Mursyid:1/91

[8] Masyariq:1/196

[9] Masyariq:1/196

[10] Masyariq:1/196

[11] Masyariq:1/196

[12] Masyariq:1/196

[13] Masyariq:1/196

[14] Masyariq:1/196

[15] Masyariq:1/196


AHMAD BIN KHALID BIN MUSA (214H)

 AHMAD BIN KHALID BIN MUSA (214H)

أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ بن موسي

 

Ada dakwaan kata, nama sebenarnya adalah AHMAD BIN KHALID BIN MUHAMMAD AL-WAHBI AL-KINDI. Panggilannya adalah ABU SA’ID AL-HIMSI. 

 

Dia berada sekitar Hims dan Damsyiq.

 

Ibn Ma’in anggap dia siqah. Ibn Hibban senaraikan dalam al-Siqat. Abu Hatim al-Razi kata, Ahmad tidak tulis hadis darinya.

 

Dia adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya tidak ditemui dalam al-Bukhari dan Muslim. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

MUHAMMAD BIN AUF BIN SUFYAN AL-TAIE

 MUHAMMAD BIN AUF BIN SUFYAN AL-TAIE

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ بن سفيان الطَّائِيُّ

 

Dia dipanggil juga sebagai ABU JA’FAR AL-HIMSI. Mendapat gelaran AL-TAIE, kerana nisbah keturunannya.

 

Dianggap siqah oleh AL-NASAIE. ABU HATIM kata, dia soduq. Ibn Hibban senaraikan dia dalam al-Siqat. Kata Ahmad, dia terkenal dan diterima riwayatnya. Ibn ‘Adi kata, dia alim hadis yang mahir berkenaan hadis sahih dan doif dari penduduk syam.

 

Dia adalah Rijal Abu Daud dan al-Nasaie. Namanya tidak dijumpai dalam al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

Saturday, April 16, 2022

SAHABAT: AL-HARIS BIN HISHAM (15H)

 SAHABAT: AL-HARIS BIN HISHAM (15H)

 الحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ

 

Nama penuhnya adalah AL-HARIS BIN HISHAM BIN AL-MUGHIRAH AL-QURASHI AL-MAKHZUMI. Dia adalah adik beradik dengan Abu Jahal seibu sebapa.

 

Ibunya bernama UMMU AL-JALLAS ASMA’ BINTI MUKHARRIBAH BIN JANDAL AL-TAMIMIYYAH.

 

Dia memeluk islam semasa Fath Makkah. Diceritakan bahawa dia mahu dibunuh oleh Saidina Ali. Makanya, dia meminta jaminan keamanan dari kakak Saidina Ali, iaitu UMMU HANI’. Imam Malik pula kata, perempuan yang memberi jaminan keamanan itu bukan UMMU HANI, tetapi HUBAIRAH BINTI ABI HUBAIRAH.

 

Selepas dia memeluk islam, dia menjadi seorang muslim yang baik sehinggakan dia terlibat dalam perang Hunain (10 Syawal 8H) bersama dengan Nabi, lalu nabi saw memberikan harta ghanimah kepadanya sebanyak 100 ekor unta sepertimana Nabi memberi zakat kepada muallaf al-Qulub.

 

Selepas kewafatan Nabi, dia antara orang yang terlibat dalam sejarah pembukaan Syam.

 

Selepas dia memeluk islam, dia tinggal di Mekah sehingga Nabi saw wafat.

 

Semasa tercetus perang terhadap Rom di era pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, AL-HARIS bersama dengan IKRIMAH BIN ABI JAHAL DAN SUHAIL BIN AMRU berjumpa dengan ABU BAKAR di Madinah. Abu Bakar ke rumah mereka untuk ajak terlibat dalam perang. Mereka pun terlibat dengan perang itu menuju ke SYAM yang ketika itu di bawah taklukan Rom.

 

Dia meninggal dalam medan perang Yarmuk (Jordan) pada tahun 15 Hijrah. Dia pernah sampai ke Mekah dan Syam. Ada riwayat lain kata, dia meninggal dunia disebabkan penyakit taun amwas pada tahun 17 hijrah.

 

ABDULLAH BIN YUSUF (218H)

 ABDULLAH BIN YUSUF (218H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ

 

Nama penuhnya adalah ABU MUHAMMAD ABDULLAH BIN YUSUF AL-KILA’IE AL-DIMASYQI AL-MISRI AL-TINNISI.

 

Dia berasal dari DAMSYIQ, kemudian berhijrah ke al-TINNIS, iaitu salah satu tempat di mesir dan meninggal di situ.

 

Al-Imam al-Bukhari menyatakan bahawa dia antara perawi syam yang amat sabat. Yahya Bin Ma’in pula kata, dia adalah perawi yang paling siqah dalam kitab al-Muwatta’.

 

Dia adalah guru Imam al-Bukhari serta Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

ALQAMAH BIN WAQQAS AL-LAISI

 ALQAMAH BIN WAQQAS AL-LAISI

 عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ

                                                                    

Nama penuh ulama Madinah ini adalah ALQAMAH BIN WAQQAS BIN MUHSAN BIN KALDAH AL-LAISI.

 

Al-Asqalani kata, dia adalah tabiin besar. Namun, Ibn mandah kata dalam al-Ma’rifah bahawa ‘Alqamah adalah sahabat. Hal ini kerana, terdapat riwayat bahawa dia pernah berkata bahawa dia turut hadir perang Khandaq.

 

Menurut kitab al-Isobah, dia meninggal di Madinah di era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang perawi siqah lagi sahih.

YAHYA BIN SA’ID AL-ANSARI (69H-143H)

 YAHYA BIN SA’ID AL-ANSARI (69H-143H)

يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ

 

Dia adalah Tabiin kecil. Atuknya bernama QAIS BIN AMRU adalah sahabat Nabi.

 

Dia adalah murid kepada Fuqaha’ sab’ah (tujuh ulama fiqh Madinah pada era tabiin). Dia mendapat gelaran itu kerana dia sempat belajar dengan SA’ID BIN MUSAYYIB, AL-QASIM BIN MUHAMMAD BIN ABI BAKAR, SULAIMAN BIN YASAR dan URWAH BIN AL-ZUBAIR.

 

Dia dilahirkan di Madinah sebelum 70 Hijrah, iaitu di era pemerintahan ABDULLAH BIN ZUBAIR menjadi khalifah.

 

Antara tempat yang dia pernah sampai adalah Madinah, Hairah (Iraq), al-Kufah dan dia meninggal dunia di al-Hasyimiyyah (Iraq).


Dia diakui siqah oleh ramai ulama. Namun begitu, Abdul Mukmin bin Khalaf al-Dimyati kata, dia selalu buat tadlis hadis. hal yang sama diakui oleh Ibn al-Madini, tetapi dalam masa yang sama tetap akui bahawa dia seorang yang siqah dan sabat dalam hadis.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.