ISHAQ BIN IBRAHIM (161H-238H)
إِسْحَاقُ بْنُ
إِبْرَاهِيمَ
Nama penuhnya adalah ISHAQ BIN MAKHLAD BIN IBRAHIM BIN
ABDULLAH BIN MATAR AL-HANZALI. Sering dipanggil ISHAQ BIN RAHWIYYAH atau ABU
YA’QUB BIN RAHWAIYYAH AL-MARUZI.
Dia dilahirkan di Turkumanistan dan meninggal dunia di
Nisabur (kini: Iran).
Dia
dikenali sebagai ISHAQ BIN RAHWIYYAH kerana bapanya dilahirkan dalam perjalanan
ke MEKAH yang penduduk مرو
namakan sebagai RAHWIYAH (iaitu, orang kelahiran dalam permusafiran).
AHMAD
BIN SALAMAH berkata bahawa dia dengar ISHAQ sendiri cerita bahawa gabenor
ABDULLAH BIN TAHIR bertanya kepadanya: apa makna RAHWIYYAH? Apakah kamu tidak
marah kepada orang yang memanggilmu dengan panggilan ini?
Ishaq
pun bercerita bahawa ayahnya dilahirkan dalam perjalanan ke mekah. Dalam bahasa
orang marawazah (المراوزة), ia
disebut RAHWIYYAH. Bapaku tidak suka dipanggil begitu. Adapun aku, aku tidak
marah. (al-Siyar)
Dia
sempat berjumpa dan mendengar ilmu dari ABDULLAH BIN MUBARAK (118H-181H),
WAKI’E BIN AL-JARRAH, ABU MUAWIYAH AL-DHORIR, HAMMAD BIN SALAMAH, SUFYAN BIN
UYAYNAH, AL-FUDHAIL BIN IYADH AL-TAMIMI, ABDUL RAZZAQ AL-SUN’ANI dan ramai
lagi.
pada tahun 184 hijrah, dia bermusafir ke Iraq
yang ketika itu umurnya 23 tahun.
Dia
sempat sampai ke beberapa negara seperti HIJAZ, YAMAN, SYAM dan kembali semula
ke BAGHDAD. Dia tidak masuk ke Mesir.
Selepas
itu, dia pulang ke Khurasan dan menetap di Naisabur. Di situ dia mengajar
sehingga dia meninggal dunia.
Dia
bukan sekadar alim dalam ilmu hadis, malah alim dalam ilmu fiqh, tafsir dan
bahasa arab. Dalam pengajian ilmu hadis, dia mahir dalam selok belok sanad,
al-Jarh wa al-Ta’dil serta Illat hadis.
Ramai
peneliti menyebut bahawa dia adalah orang yang mengideakan kepada al-Bukhari
agar himpunkan hadis-hadis sahih sahaja dalam satu kitab. Hal ini ketika Imam
al-Bukhari berada dalam majlis Ishaq yang ketika itu dia berkata kepada
al-Bukhari:
لو
جمعتم كتابا مختصرا لصحيح سنة النبي
KOMENTAR
POSITIF:
(a)
NAI’M
BIN HAMMAD kata, apabila kamu jumpa orang khurasan memburukkan Ishaq,
ketahuilah bahawa orang itu bermasalah dalam beragama.
(b)
AL-DARIMI kata, penduduk timur dan barat
mengakui kebenarannya الصدق
(c)
KHATIB AL-BAGHDADI kata, para ahli ilmu dari bilang
hadis dan fiqh, serta ahli kebenaran, hafaz, warak dan zuhd akui Ishaq.
(d)
AL-NASAIE kata,
dia siqah ma’mun serta imam.
(e)
ABU ZUR’AH kata, aku tidak pernah jumpa orang yang
lebih hafaz berbanding ISHAQ.
(f)
ABU
HATIM kata, mengkagumkan dari sudut ketelitian dan kesejahteraan dari kesalahan
bersama kekuatan hafazannya.
(g)
IBN
AL-QAYYIM kata, pada zamannya, ishaq adalah orang yang terkemuka dalam bidang
ilmu, hadis, tafsir, sunnah, amar makruf dan nahi mungkar. Kuat melawan fahaman
jahmiyyah serta ahli bid’ah di Khurasan. Dia adalah ulama yang menyebarkan
sunnah di Khurasan.
No comments:
Post a Comment