Thursday, September 29, 2022

SAHABAT: ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 SAHABAT:  ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 أَبو ذَرّ الغفاري

 

Dia dari etnik GHIFFAR, iaitu salah satu kelompok BANI BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH. Kelompok dia selalu berada di sekitar kafilah antara mekah dan syam.

 

Berkenaan nama sebenarnya, terdapat khilaf seperti berikut;

(a)                JUNDAB BIN JUNADAH

(b)               JUNDAB BIN AL-SAKAN

(c)                BARIR BIN JUNADAH

(d)               BARIR BIN ABDULLAH

(e)               YAZID BIN JUNADAH

(f)                 BARIR BIN JUNDAB

(g)                BARIR BIN ‘ASRAQAH

(h)               JUNDAB BIN ABDULLAH

(i)                  BARIR BIN JUNADAH

 

Namun, yang popular menyebut bahawa Namanya adalah JUNDAB BIN JUNADAH BIN SUFYAN BIN UBAID BIN HARAM BIN GHIFFAR BIN MALIK BIN DHAMRAH BIN BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH

 

Ada pula kata, JUNDAH BIN JUNADAH BIN KU’AIB BIN SU’AIR BIN AL-WAQ’AH BIN HARAM

 

Ibunya bernama RAMLAH BINTI AL-WAQI’AH AL-GHIFFARIYYAH. Dia adalah adik beradik seibu dengan seorang sahabat bernama AMRU BIN ABSAH AL-SULAMI.

 

Dia antara yang terawal memeluk islam, iaitu di Mekah, tetapi agak lewat berhijrah ke Madinah, iaitu selepas dari perang uhud (ada kata: selepas perang badar).

 

Ada dakwaan kata, dia orang ke-4 atau ke-5 yang terawal memeluk islam.

 

Dia adalah orang yang memeluk islam secara terbuka semasa di mekah lagi.

 

Sebelum Islam, dia seorang perompak. Dia seorang muwahhid dan tidak pernah menyembah berhala. Muhammad bin habib al-Baghdadi pernah menyebut bahawa sejak jahiliyyah lagi dia haramkan dirinya dari arak, mabuk dan judi.

 

 Ekoran itu, apabila mendengar berkenaan dakwah islam, dia cepat-cepat mencari maklumat di mekah untuk memeluk islam.

 

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa apabila dia dapat berita berkenaan dakwah nabi Muhammad, dia menyuruh adiknya, UNAIS agar ke mekah untuk cari maklumat berkenaan ajaran islam.

 

Adiknya itu pun pergi, dan mendapat maklumat yang tidak banyak. Apabila pulang dan memberitahu kepada ABU ZAR, itu tidak memuaskan hatinya. Dia hanya cakap:

 

رأيته يأمر بمكارم الأخلاق، ويقول كلامًا ما هو بالشعر

“Aku nampak dia menyuruh manusia berakhlak mulia. Dia bercakap dengan perkataan yang ia bukan syair”

 

Dengan itu, Abu Zar sendiri berbekal dan dia sendiri ke Mekah dan mencari nabi Muhammad di sana, walhal dia tidak mengetahui pun berkenaan Mekah.

 

Semasa di mekah, dia tidak bertanya kepada penduduk Mekah, sehingga apabila malam, dia tidur di sekitar mekah, dia terjumpa dengan Ali bin Abi Talib.

 

Saidina Ali itu dapati bahawa dia seorang berpakaian gharib. Dengan itu, diajak agar bertamu di rumahnya. Makanya, dia bertamu dengan rumah Saidina Ali selama 3 hari.

 

Apabila cukup tiga hari, Ali bertanya kepada Abu Zar sebab dia datang ke mekah. Abu Zar meminta agar Ali berjanji bahawa kalau dia kenal nabi, maka hendaklah dia tunjukkan kepadanya.

 

Ali pun bersetuju. Maka, Abu Zar memberitahu tujuannya datang ke Mekah untuk mencari Nabi Muhammad saw. Apabila diberitahu, Ali pun terus berkata: ia adalah kebenaran. Dia adalah uturan Allah. apabila pagi, kamu ikuti aku dan aku akan bawa berjumpa dengan nabi.

 

Apabila dia berjumpa, dia terus memeluk islam.

 

Setelah dia memeluk Islam, nabi saw suruh agar dia pulang ke kampungnya dan maklumkan ajaran islam ini kepada kaumnya.

 

Apabila dia keluar dari berjumpa dengan nabi, dia pun ke masjid dan dia menyeru dengan suara yang kuat:

 

أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدًا عبده ورسوله

 

Mendengar itu, kaum Quraish yang ada di situ memukulnya sehingga datang AL-ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB—menghalang dari dia dipukul. Al-Abbas berkata kepada Quraish:

 

ويلكم، ألستم تعلمون أنه من غِفار! وأنه من طريق تجارتكم إلى الشام؟

Celaka kamu. Kamu tidak tahukah, bahawa dia dari Bani Ghiffari. Dia adalah kabilah yang ganggu perniagaan kamu di Syam?

 

Dengan itu, dia dilepaskan dari dipukul.

 

Menurut IBN QUTAIBAH AL-DINAWARIY, dia tidak terlibat perang badar, uhud dan Khandaq kerana ketika itu dia berada bersama dengan kabilahnya. Selepas dari itu, baru dia berhijah ke Madinah dan duduk bersama dengan Nabi saw. selepas itu, semua perang yang Nabi terlibat bahawa dia terlibat sama.

 

IBN ISHAQ menyatakan bahawa Nabi saw mempersaudarakan Abu Zar dengan AL-MUNZIR BIN AMRU. Namun, riwayat IBN ISHAQ itu dibantah oleh MUHAMMAD BIN UMAR AL-WAQIDI dengan hujah bahawa mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar hanya berlaku sebelum perang Badar. Adapun selepas turut ayat AL-MAWARIS, tidak ada lagi mempersaudarakan antara MUHAJIRIN dan ANSAR.

 

Antara kisah popular berkenaan ABU ZAR adalah, apabila pemerintahan islam semakin meluas, dia ada meminta jawatan dari Nabi saw. namun, Nabi saw pun berpesan kepadanya sambil menepuk bahunya:

 

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةُ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا» - مسلم, 1825

Wahai Abu Zar, kamu lemah. Jawatan adalah Amanah. Jawatan itu pada hari kiamat nanti adalah kesedihan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan kebenaran dan menunaikan tanggungjawab yang sebenar.

 

Selepas Nabi wafat, dia terlibat sama dalam usaha membuka kota Syam dan Baitul Maqdis di era pemerintahan Saidina Umar.

 

Dia meninggal di al-Rabaza (الربذة) -satu tempat di Saudi yang kini dikenali sebagai DARB ZUBAYDAH - pada tahun 32 hijrah, iaitu di akhir pemerintahan Saidina Osman bin Affan. Yang menjadi imam menunaikan solat jenazahnya adalah ABDULLAH BIN MAS’UD. Tidak lama kemudian, ABDULLAH BIN MAS’UD pula meninggal dunia, iaitu pada tahun yang sama.

 

Al-Hakim ada meriwayatkan dalam AL-MUSTADRAK hadis; daripada ABDULLAH BIN MAS’UD berkata:

 

فَلَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ أَوْصَى امْرَأَتَهُ وَغُلَامَهُ إِذَا مُتُّ فَاغْسِلَانِي وَكَفِّنَانِي، ثُمَّ احْمَلَانِي فَضَعَانِي عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ

Ketika Abu Zar dengan kematian, dia memberi wasiat kepada isteri dan anaknya agar mereka berdua mandikannya, kafankannya dan mereka berdua bawa dia dan tanam dia di tepi jalan laluan orang ramai.

Di suatu ketika, ABDULLAH BIN MAS’UD bersama beberapa rakannya dari kalangan penduduk kufah melintasi kawasan kuburnya. Mereka bertanya: kubur siapa di sini? Ada yang jawab: Abu Zar.

 

Mendengar itu, ABDULLAH BIN MAS’UD menangis seraya berkata:

صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا ذَرٍّ يَمْشِي وَحْدَهُ، وَيَمُوتُ وَحْدَهُ، وَيُبْعَثُ وَحْدَهُ» - المستدرك, 4373

“Benarlah apa yang Rasulullah saw katakana, semoga Allah merahmati Abu Zar. Dia berjalan seorang diri, dia mati seorang diri dan dia dibangkitkan seorang diri”

 

Al-Zahabi sebut dalam al-siyar bahawa ABU ZAR adalah seorang yang zuhud, benar, berilmu, kuat beramal, bercakap benar tanpa hiraukan kepada orang yang mencelanya.

 

Rupa parasnya, dia seorang yang berisi, janggutnya lebat dan panjang, rambut dan janggutnya putih. Ada pula kata, dia kurus.

 

Abu Zar terkenal dengan zuhud dan sayangkan orang miskin. Apabila dia mendapat wang, dia akan membelikan semua wangnya untuk kecukupan dapurnya selama setahun. Duit yang berbaki, dia akan bahagikan kepada para fakir miskin.

No comments:

Post a Comment