UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)
عُبَيْدِ اللَّهِ بن عمر بن حفص بن عاصم بن عمر
بن الخطاب
Gelarannya adalah Abu Osman al-Madani. Dia adalah
cicit kepada ‘Asim yang merupakan anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab.
Ibunya bernama FATIMAH BINTI UMAR BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB.
Bermakna, ibu dan bapanya adalah sepupu, iaitu dari
atuknya yang bernama ‘Asim.
Dia dilahirkan dan meninggal dunia di Madinah.
Dia merupakah salah seorang al-Fuqaha’ al-Sab’ah,
iaitu tujuh orang ulama fiqh di Madinah yang menjadi rujukan Khalifah Umar bin
Abdul Aziz.
Dia berjumpa dengan Ummu Khalid binti Khalid
(sahabiyyah) dan mendengar hadis darinya.
Dia dari kalangan صغار التابعين, dan salah seorang orang
kenamaan di Madinah. Salah seorang dari tujuh fuqaha’ sab’ah di Madinah.
Al-Zahabi kata, aku berpendapat bahawa dia riwayatkan
lebih 400 hadis.
Adik beradik dia:
(a)
ABDULLAH
(b)
ABU BAKAR
(c)
‘ASIM.
Nama isterinya;
(1)
UBAYYAH BINTI
ABI BAKAR BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB. Anak-anaknya:
a.
Rabah
b.
Hafsh
c.
Bakkar
(2)
FUDHAILAH BINTI MUSA BIN UTBAH BIN ABDUL RAHMAN BIN
ABDULRAHMAN BIN AUF. Anaknya:
a.
ISMAIL BIN UBAIDULLAH.
KOMENTAR ULAMA;
(a)
Dia dianggap siqah oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, ABU
HATIM dan IBN HIBBAN.
(b)
Dianggap SIQAH SABAT oleh AL-NASAIE, AHMAD BIN SOLEH,
AL-ASQALANI
(c)
IBN MAIN kata, dia siqah hafiz dan muttafaqa alaih.
(d)
IBN HIBBAN kata, dia siqah dan dari kalangan
orang-orang besar Madinah, orang mulia dari kalangan Quraish dari sudut ilmu,
ibadat, hafalan dan ketelitian.
(e)
AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah sabat ma’mun yang
tidak ada seorang pun yang lebih sabat darinya berkenaan Hadis Nafi’.
(f)
AHMAD kata, dia lebih sabat berbanding Ayyub,
Ubaidullah bin Umar dan Malik.
(g)
AL-ZAHABI kata, dia sabat.
(h)
ALI BIN UMAR AL-HARBI kata, dia siqah hafiz dan
muttafaq Alaih.
Dia
adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan merupakan seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment