YUNUS BIN UBAID BIN DINAR AL-QAISI (139H)
يُونُسُ بن عبيد بن دينار
القيسي
Disebut juga dengan YUNUS BIN UBAID AL-‘ABDI AL-BASRI
AL-KUFI. Gelarannya ABU ABDILLAH. Ada kata, ABU UBAID.
Dia dilahirkan di Kufah dan berada di sekitar al-Sus,
Basrah dan Kufah.
ABU BAKAR BIN MANJUYAH dalam RIJAL SAHIH MUSLIM
menyatakan bahawa dia amat benci ahli bid’ah.
ABU HATIM kata dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR WA A’LAM
FUQAHA AL-AQTAR bahawa dakwaan bahawa dia dengar hadis dari ANAS BIN MALIK
adalah tidak sahih.
KOMENTAR POSITIF:
(a)
Dianggap SIQAH oleh ABU HATIM AL-RAZI, AHMAD,
AL-NASAIE, SUFYAN BIN HASAN dan YAHYA BIN MAIN.
(b)
AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat mempunyai kelebihan
serta warak.
(c)
ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia ulama yang
terkemuka pada zamannya; dari sudut ilmu, kelebihan, hafazan, teliti dan dalam
mengikut sunnah.
(d)
AL-ZAHABI kata, dia salah seorang imam basrah, dari
kalangan ulama beramal dan sabat.
No comments:
Post a Comment