IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)
إِبْرَاهِيمَ
بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ
Nama penuhnya adalah
IBRAHIM BIN YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY. Digelar dengan ABU ASMA’ AL-KUFI.
Terkenal dengan ahli Ibadat yang tekun. Al-‘Amash
pernah cerita bahawa semasa dia sujud, burung datang hinggap di atas
belakangnya.
Menurut cerita (قيل), dia mati dibunuh oleh
al-Hajjaj pada tahun 92 hijrah (Kawkab:4/119) dan SA’ID BIN JUBAIR dibunuh pada
tahun 95 hijrah.
Dalam al-Tabaqat al-Kubra, AL-WAQIDI meriwayatkan
bahawa HAJJAJ mahu mencari IBRAHIM AL-NAKHAIE (47H-96H). lalu IBRAHIM ALTAIMI
datang dan berkata: Aku adalah IBRAHIM.
Dia pun ditangkap oleh HAJJAJ dalam keadaan IBRAHIM
AL-TAIMI tahu bahawa yang HAJJAJ mahu adalah IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia pun
dipenjarakan di AL-DIMASالديماس (kini di Syria). Dalam penjara, dia sentiasa sejuk dan tidak
mendapat cahaya matahari.
Keadaan dia begitu teruk, sehingga ketika ibunya
datang ziarah dia di penjara, ibunya tidak mengenalinya kecuali setelah
bercakap dengan dia.
Dia mati dalam penjara. Dalam riwayat AL-WAQIDI
diceritakan juga bahawa HAJJAJ bermimpi pada malam IBRAHIM meninggal dunia
bahawa ada suara memberitahu bahawa ada seorang ahli syurga mati dalam penjara.
Keesokannya, HAJJAJ tanya kepada pegawai istana. Mereka jawab: orang itu adalah
IBRAHIM AL-TAIMI.
ABU DAUD kata, dia meninggal dunia ketika umurnya
tidak sampai 40 tahun. (Tabaqat al-Huffaz—al-Sayuti)
Dia terkenal dengan zuhud dan ibadat. Dia pernah
berkata: aku pernah tidak makan selama 30 hari.
KOMENTAR POSITIF:
(a)
AL-ZAHABI kata, dia pemuda soleh taat perintah tuhan
alim faqih.
KOMENTAR TENGAH-TENGAH
(a)
IBN HAJAR AL-ASQALANI sebut dalam AL-TAQRIB, dia siqah
tetapi IRSAL dan TADLIS (Kawkab:4/119)
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.
No comments:
Post a Comment