IBN KHARRABUZ
ابْنِ
خَرَّبُوذَ
Namanya adalah Salim bin Sarj. Ada kata, Salim bin
al-Nu’man. Tetapi, sering disebut dengan ABU AL-NU’MAN BIN KHARRABUZ AL-MADANI.
Dia
adalah hamba Ummu Subayyah yang dimerdekakan. Dia ada adik beradik bernama
NAFI’.
Ada orang kata, dia adalah ma’ruf bin Kharrabuz. Namun, dibantah oleh
Waliyuddin al-Iraqi dengan menyatakan bahawa Ibn Kharrabuz di sini berbeza
dengan Ma’ruf bin Kharrabuz. (Tawassut:2/539)
Dalam Ibn Majah (382), namanya disebut dengan SALIM ABI AL-NU’MAN BIN
SARJ;
حَدَّثَنَا
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا أَنَسُ
بْنُ عِيَاضٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ سَالِمٍ أَبِي
النُّعْمَانِ وَهُوَ ابْنُ سَرْجٍ، عَنْ أُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ قَالَتْ:
PENDAPAT ULAMA BERKENAAN DIA:
(a)
Ibn
Hibban senaraikan dia dalam kitab al-Siqat. Namun, tidak ada namanya dalam
kitab hadis kecuali hadis ini sahaja.
(b)
Ibn
Main kata, dia siqah lagi syaikh yang masyhur.
No comments:
Post a Comment