ZA-IDAH BIN QUDDAMAH AL-SAQAFI (161H)
زاَئِدَةَ بن قدامة الثقفي
Dia dipanggil Abu al-Solt
al-Kufi. Dia antara ulama hadis yang digelar sebagai AL-HAFIZ. dia bukan
sekadar terkenal dalam bidang hadis, bahkan amat terkenal juga dalam bidang
tafsir al-Quran.
Dia meninggal dunia pada
tahun 161H, di bumi rom.
Menurut al-Sayuti dalam tabaqat al-Huffaz, dia
dikatakan orang yang amat tegas dengan ahli Bid’ah. Andai ada orang datang mahu
berbual dengannya, dia akan tanya lebih dahulu, apakah dari ahl al-Sunnah atau
tidak. Jika ahli Bid’ah, dia tidak akan berbual dengan orang itu.
KOMENTAR ULAMA: (Al-Aini:1/206)
(a)
Dia dianggap SIQAH oleh al-Nasaie, Abu Hatim,
Al-Ijli.
(b)
Ibn Sa’ad kata, dia siqah ma’mun.
(c)
Ibn Hibban kata, dia seorang huffaz yang mutqin.
(d)
Al-Daraqutni kata, dia imam yang sabat.
(e)
Abu Zur’ah pula kata, dia soduq dari kalangan ahli
ilmu.
Mati di rom tahun perangan AL-HASAN BIN QAHTABAH (Al-Aini:1/206)
Dia adalah Rijal al-Kutub
al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment