ABU MUAWIYAH (113H-194H)
أَبُو
مُعَاوِيَةَ
Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN KHAZIM AL-DHORIR
AL-TAIMIY AL-SA’DIY AL-KUFI.
Dilahirkan di Kufah dan hidup sekitar Baghdad dan
Kufah.
Abu Daud kata, dia buta sewaktu umurnya 4 tahun. Ada
pula kata, sewaktu umurnya 8 tahun.
Dia antara murid kepada AL-‘MASH yang paling lama,
dikatakan sehingga 20 tahun. Sehinggakan dia orang yang paling hafal hadis
AL-‘AMASH.
KOMENTAR POSITIF;
(a)
AL-BAIHAQI kata, dia hujjah. Para huffaz sepakat
terima.
(b)
ABU HATIM AL-RAZI kata, selepas AL-A’MASY dan
AL-SAURI, orang yang paling sabat adalah ABU MUAWIYAH AL-DHARIR.
(c)
AL-HAKIM kata, dia murid AL-A’MASH yang paling hafiz.
(d)
ABU YA’LA AL-KHALILI kata, dia siqah muttafaq alaih.
(e)
AL-NASAIE kata, dia siqah pada hadis AL-‘AMASH.
(f)
AL-DARAQUTNI kata, dia antara ahli siqah yang tinggi.
(g)
ALI BIN AL-MADINI kata, dia siqah.
(h)
WAKI’ kata, aku tidak pernah jumpa orang yang amat
tahu berkenaan hadis al-‘Amash kecuali dia.
KOMENTAR NEGATIF;
(a)
ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, dia murjiah dan menyeru
kepada fahaman dia.
(b)
Dikatakan fahaman MURJIAN itu, WAKI’ tidak hadir solat
jenazahnya
(c)
AHMAD BIN HAMZAH BIN ABI TAHIR kata, dia selalu
tadlis.
KOMENTAR PERTENGAHAN;
(a)
AL-ZAHABI, AL-SAUDIS & ABU HATIM BIN HABBAN
AL-BASTI kata, dia hafiz mutqin tetapi dia berfahaman MURJIAH
(b)
AHMAD BIN HANBAL kata, dia hafaz betul-betul hadis
al-‘Amash sahaja. selain itu, berlaku mudhtarib.
(c)
AL-ASQALANI
kata, dia siqah dan tertuduh berfahaman MURJIAH. Dia paling hafal hadis
AL-‘AMASH dan berlaku waham pada hadis orang lain.
(d)
AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis.
namun, tadlis dan berfahaman murjiah.
(e)
YAHYA BIN MAIN kata, dia sabat pada hadis AL-‘AMASH
ambil dari JARIR. Tetapi, hadis al-‘amash tanpa dari jarir, itu boleh berlaku
silap. Andai dia riwayatkan hadis daripada UBAIDULLAH BIN UMAR, semua hadisnya
mungkar.
(f)
IBN KHIRASH kata, dia soduq; dia ambil hadis dari
al-A’mash, maka dia siqah. Selain dari AL-‘AMASH, dia IDHTIRAB.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.
No comments:
Post a Comment